Melalui kemaskini iOS 14, ia membawakan pelbagai ciri baharu termasuk Picture-in-Picture, Home Screen Widget dan lain-lain. Di bawah ini kami senaraikan antara perkara atau ciri menarik yang dimuatkan pada iOS 14.
Home Screen Widget
Widget kini boleh ditambah pada Home Screen. Anda boleh mengubah saiz dan menyusun pada Home Screen mengikut kesesuaian masing-masing. Selain itu, Smart Stack pelbagai Widget juga boleh ditambah pada Home Screen dimana setiap widget digilirkan secara automatik mengikut aplikasi yang sering digunakan.
Antara widget yang terdapat dalam iOS 14 termasuk:
- Smart Stack
- Batteries
- Calendar
- Clock
- Files
- Fitness
- Maps
- Music
- Notes
- Photos
- Podcasts
- Reminders
- Screen Time
- Shortcuts
- Siri Suggestions
- Stocks
- TV
- Tips
- Weather
Picture-in-Picture
Picture-in-Picture adalah antara ciri yang ditunggu-tunggu oleh pengguna iPhone. Menerusi ciri ini, anda boleh menonton video sambil menggunakan aplikasi lain. Sebagai tambahan, panggilan melalui FaceTime juga boleh dilakukan sambil menggunakan mana-mana aplikasi.
Back Tap
Dalam kemaskini iOS 14, Apple turut memperkenalkan ciri yang dipanggil "Back Tap". Menerusi ciri ini, ia membolehkan anda melakukan sesuatu lebih cepat hanya dengan tap pada belakang iPhone.
Terdapat dua tetapan yang oleh disesuaikan iaitu Double Tap dan Triple Tap. Sebagai contoh, jika anda menetapkan Double Tap sebagai fungsi kepada Screenshot, hanya perlu tap dua kali pada belakang iPhone dan tangkap layar dapat dilakukan dengan lebih pantas.
Bagaimanapun, ciri Back Tap ini hanya tersedia bagi iPhone 8 dan ke atas sahaja.
Carian Emoji
Fungsi yang kelihatan mudah namun antara yang ditunggu-tunggu. Dengan penambahan ciri ini pada iOS 14, carian Emoji dapat dilakukan dengan lebih mudah. Terutamanya ketika anda mencari bendera sesuatu negara namun tidak pasti mengenainya. Dengan menaip nama negara tersebut, ia lebih tepat dan mudah diakses.
Begitu juga dengan emoji lain yang menggambarkan perasaan anda, ianya adalah cara yang mudah dan lebih tepat untuk mencari emoji yang bersesuaian.
App Library
App Library secara automatik menyusun semua aplikasi dalam satu paparan atau folder yang lebih teratur dan mudah dicari. Aplikasi disusun mengikut kategori dengan aplikasi yang kerap digunakan boleh terus dibuka tanpa perlu membesarkan folder tersebut.
Anda juga boleh menggunakan butang carian dan menaip nama aplikasi untuk mengakses aplikasi dengan lebih cepat.
Fungsi Baharu dalam aplikasi Messages
Aplikasi Messages turut ditambahbaik dengan beberapa pembaharuan melalui kemaskini iOS 14. Antaranya termasuk fungsi reply dimana anda boleh membalas pesanan ringkas dengan lebih spesifik dalam grup sembang atau secara peribadi.
Anda juga boleh menggunakan fungsi baharu seperti Pin Conversation, Group photo dan mentions. Menerusi Group Photos, anda boleh menambah identiti visual grup sembang dengan gambar atau Memoji dan sebagainya.
Aplikasi Translate
iOS 14 turut membawa penambahan aplikasi terjemahan secara terbina dimana Apple memanggilnya sebagai Translate. Buat masa ini, terdapat 11 bahasa yang dengan pelbagai ciri termasuk mod Conversation, Attention dan luar talian. Menurut Apple,
"Conversations across languages should feel natural and easy, and should have the ability to remain private".
Secara keseluruhan, terdapat pelbagai pembaharuan dalam iOS 14. Untuk senarai penuh, layari iOS 14.
Berkaitan
- Cara Kurangkan Iklan Pop-up Pada Peranti iOS
- Senarai Penuh Peranti Yang Dijangka Akan Terima Android 14
- Android 14 Kini Rasmi, Ini Antara Yang Baharu
- Ini Respons Google Mengenai Langkah Apple Guna Pakai RCS
- Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
- Black Shark 4 Dilancarkan - Cip Snapdragon 888, 144Hz AMOLED Dan Pengecasan 120W
- Siri Xiaomi 14 Diumumkan - SD 8 Gen 3, HyperOS, Kecerahan 3000 Nit
- KTMB Akan Sokong Pembayaran Apple Pay, Samsung Pay Awal Tahun Depan
- Pengguna iOS, Android Kelak Boleh Akses Ciri Berbayar Google Photos Secara Percuma
- Apple Umum Acara Khas Pada 10 November Ini - Dijangka Perkenal MacBook Dengan Apple Silicon