7 Perkara Anda Tidak Patut Bertanya Kepada Siri Di iPhone dan iPad

Sejak 5 tahun Siri, penolong digital Apple muncul di pasaran, gergasi Cupertino itu telah menambah beberapa jawapan lucu dan sia-sia kepada soalan-soalan remeh.

Namun, terdapat beberapa aspek Siri yang boleh memberi anda masalah dengan undang-undang, teman hidup, majikan atau membuat anda berasa teruk hasil dari jawapan yang agak pedih.

Anda mungkin akan bertanya soalan yang sama tentang makna kehidupan tetapi ada beberapa soalan yang mungkin anda tidak patut bertanya kepada Siri anda:

Menyuruh Siri menelefon kekasih anda di depan pasangan anda.

Mungkin agak pelik, tetapi ini terjadi kepada seseorang. Dalam 'thread' lucu reddit, seorang wanita telah menunjukkan kepada teman lelakinya bagaimana untuk menggunakan Siri. Malangya, wanita itu terlupa untuk memadam status teman lelaki dalam senarai 'contact'nya dan respon janggal dari siri ialah "Which one?". Auuchh

Menyuruh Siri untuk memberi nama panggilan

Tabiat Siri untuk memasukkan nama panggilan dalam repsonya membuatkan pembantu digital Apple itu lebih mesra pengguna. Jika anda merasa bosan menggunakan nama penuh anda dengan Siri, anda boleh menyuruh Siri memanggil anda dengan nama lain.

Mungkin tiada masalah besar boleh berlaku tetapi jika anda menggunakan Siri di tempat orang ramai atau bilik mensyuarat, nama seperti "Batman" atau "Tony Stark" mungkin boleh mengundang malu kepada orang sekeliling.

"Apakah hasilnya bila kosong dibahagikan dengan kosong?"

Berikut adalah respon dari Siri, "Bayangkan anda tidak mempunyai biskut dan membahagikannya kepada 0 kawan. Berapa banyak biskut yang setiap kawan dapat? lihat? Ia tidak masuk akal. 'Cookie Monster' pun sedih jika tiada biskut dan anda pun akan sedih kerana anda tiada seorang kawan." Burn..

Meminta pertolongan mengenai ketagihan atau penyakit

Terdapat beberapa pertanyaan Siri boleh membantu, tetapi kami mencadangkan untuk soalan penting ditanya untuk mereka yang lebih pakar. Ini untuk kebaikan anda jika melibatkan ketagihan atau isu kesihatan yang teruk. Respon yang anda dapat dari Siri mungkin tidak tepat dan boleh membahayakan nyawa anda.

Menyebut "Hey Cortana"

Cortana Microsoft merupakan pesaing dekat untuk Siri di platfrom mobil dan kami mencadangkan tidak mencampurkan kedua-dua antara mereka. Ini adalah respon yang anda dapat jika berbuat demikian: "Lucu [nama anda]. Maksud saya tidak lucu seperti "ha-ha", tetapi lucu.

Sumber