7 Panduan Dari CyberSecurity Malaysia Supaya Pengguna Tidak Tertipu Dengan Penipuan Dalam Talian

Berhati-hati dengan penipuan dalam talian yang cuba mengambil kesempatan atas penularan Covid-19.


Pihak CyberSecurity Malaysia telah mengeluarkan 7 langkah penting sebagai panduan kepada pengguna di Malaysia supaya tidak terpedaya denagn penipuan dalam talian.

Khususnya di waktu ketika ini di mana berlakunya peningkatan penipuan dalam talian yang melibatkan penularan berita palsu serta penipuan penjualan pembasmi kuman dan penjualan pelindung muka menerusi platfom-platfom media sosial.

Sebagai contoh kes terbaru yang melibatkan seorang remaja yang didakwa menjadi mangsa keldai akaun bagi memindahkan wang kononnya di atas hasil jualan pelindung muka.

Jadi, bagi menangani penipuan ini, anda boleh jadikan 7 langkah berikut sepertimana yang disyorkan oleh pihak CyberSecurity Malaysia.

  1. Semak kesahihan maklumat yang diterima melalui e-mel & mesej teks (WhatsApp atau Telegram) mengenai Covid-19.

  2. Jangan kongsi maklumat peribadi/data kewangan melalui e-mel & mesej teks.

  3. Jangan beri maklumbalas terhadap permintaan maklumat sulit/peribadi melalui e-mel & mesej teks daripada pengguna tidak dikenali.

  4. Jangan muat turun pautan dari e-mel & mesej teks dari pengguna tidak dikenali.

  5. Rujuk hanya kepada sumber yang dipercayai iaitu laman web atau saluranyang diperakui oleh Kerajaan untuk tentusahkan maklumat terkini mengenai Covid-19.

  6. Pastikan gajet ICT dipasang dan dikemas kini dengan perisian antivirus kepada tetapan pangkalan data antivirus terkini.

  7. Lapor insiden/ancaman siber ke Pusat Bantuan Kecemasan Cyber999 di saluran berikut:-