iPhone yang sedang dibaiki oleh pekerja kedai berkenaan mula mengeluarkan asap dan mengakibatkan sedikit pembakaran. Seorang dilaporkan cedera di bahagian tangan selepas mengalami luka kebakaran kecil.
Punca kebakaran dipercayai bermula apabila bateri iPhone 6s itu menjadi terlampau panas seterusnya mengakibatkan kebakaran. Kebakaran dapat dipadam serta-merta dengan menaburkan pasir quartz ke atas peranti yang terbakar tersebut.
Kebakaran melibatkan telefon pintar merupakan perkara yang agak ganjil tetapi jika diikutkan kepada peristiwa peranti Samsung Galaxy Note 7 pada tahun lepas, ia menjadi memori segar buat pengguna telefon pintar di seluruh dunia tentang bahaya nya bateri Lithium ion yang digunakan oleh kebanyakkan peranti utama ketika ini.
Sumber
Berkaitan
- Rekaan Panel Depan iPhone 8 Dan Sokongan Membuka Peranti Menggunakan Wajah Infra Merah Tertiris Dalam Perisian HomePod
- Apple Inc Dikatakan Sedang Menghasilkan Panel LED Mereka Sendiri
- Program Pertukaran Bateri iPhone Kini Berharga RM 129
- Seorang Lelaki Mati Semasa Mengecaj iPhone Di Dalam Bilik Air
- Apple Membeli Mesin Sendiri Untuk Menyiapkan iPhone 8 Tepat Pada Masanya
- Apple Memohon Maaf Selepas Insiden iPhone 'Perlahan' Mereka
- Cara Yang Mudah Anda Boleh Lakukan Untuk Memiliki Sebuah iPhone
- Apple Menghadapi Saman Kerana Isu Prestasi iPhone Mereka
- Bateri iPhone Cepat Habis? Ikuti Langkah Ini
- Apple Sedang Menggunakan 'Neural Engine' Dalam Usaha Meningkatkan AI Di Dalam Peranti iOS