7 Mitos Teknologi Yang Masih Dipercayai Sehingga Kini

Bila bercakap mengenai teknologi dan gajet, sememangnya banyak tips dan pendapat yang kita dengar. Namun terdapat banyak diantaranya yang boleh dikatakan dongeng ataupun mitos.

Berikut kami senaraikan 7 mitos yang masih lagi dipercayai sehingga kini.

 

1. "Refresh" dapat melajukan Windows



Kaedah ini sebenarnya tida kaitan dengan penambahbaikan prestasi PC Windows, ianya hanya sekadar untuk mengemaskinikan folder ataupun tetingkap yang mengalami perubahan seperti "Rename" dan lain-lain.

 

2. Peranti yang dicas boleh meletup sekiranya digunakan.



Peranti yang sedang dicas sememangnya akan menjadi lebih panas, namun sekiranya digunakan untuk membuat panggilan dan sebagainya, ianya tidak akan menyebabkan letupan. Kebanyakan kes letupan adalah disebabkan penggunaan pengecas tiruan.

 

3. Menutup semua aplikasi akan menjimatkan bateri



Untuk makluman anda, tidak semua aplikasi dapat ditutup, kerana aplikasi seperti Whatsapp, Facebook dan sebagainya akan tetap berjalan dilatar belakang walaupun telah di "clearkan" tetingkapnya.

 

4. "Signal 4G Full" akan melajukan sambungan internet



Tidak semua kawasan yang mempunyai isyarat penuh akan mendapat kelajuan maksimum, ini kerana ianya bergantung kepada syarat "Fair Usage Policy (FUP). Bermakna sekiranya terlalu ramai pengguna di sesuatu kawasan, kelajuan tetap akan di hadkan walaupun isyarat 4G penuh.

 

5. RAM yang besar akan melajukan peranti ataupun PC



RAM besar sahaja tidak mencukupi, ianya perlu ada kombinasi dengan cip pemproses dan papan induk yang sesuai.

 

6. Jangan mencabut "Pendrive" sebelum di "Eject"



Keperluan untuk "eject" ialah untuk memutuskan fail yang sedang digunakan pada "pendrive" tersebut. Untuk makluman anda, proses tersebut dilakukan secara otomatik oleh sistem komputer itu sendiri yang mana memakan masa tidak lebih daripada 0.5 saat sahaja.

 

7. Mengosongkan "Recycle Bin" bererti fail akan hilang secara kekal



Jawapannya ialah tidak sama sekali, kerana fail yang di kosongkan daripada Recycle Bin akan dengan mudahnya didapatkan kembali menggunakan aplikasi-aplikasi khas yang boleh dipasang pada PC.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.