7 Kod Rahsia Android Khusus Untuk Menyemak Peranti Terpakai

Artikel kali ini khusus untuk anda yang bercadang untuk membeli peranti Android terpakai bagi memastikan anda tidak ditipu. Maklumlah kadang-kadang terdapat juga penjual yang cuba menjual peranti tiruan ataupun yang sudah rosak.

Berikut kami kongsikan kod - kod rahsia untuk anda menyemak tahap "kesihatan" peranti terpakai yang ingin dibeli.

1.*#06#- Semak IMEI

Nombor IMEI sangat penting untuk memastikan peranti tersebut asli ataupun tiruan.



2.*#*#4636#*#* - Uji Jaringan

kod ini adalah bertujuan untuk menguji tahap kekuatan isyarat telco, pastiokan simkad dimasukkan terlebih dahulu.



3.*#*#0673## - Semak Audio

Anda boleh sahaja menguji menggunakan mana-mana fail audio yang tersedia dalam peranti ataupun menggunakan kod ini.



4.*#*#0842## - Semak Getar dan Lampu Belakang



5.*#7353# (Samsung Galaxy) - Quick Test Menu

Boleh digunakan untuk menyemak tahap kualiti audio, kamera, layar dan lain-lain

 

6.*#0000#* (Samsung Galaxy) - Semak Asli atau Palsu

khusus untuk peranti Samsung Galaxy sahaja.



7.*#0*# - General Test

Untuk sesetengah peranti, cukup sahaja dengan kod ini untuk uji keseluruhan. Namun tidak semua peranti Android yang serasi dengan kod ini.



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.