Seperti semua sedia tahu, watak adiwira Spiderman dipaparkan memiliki kelebihan-kelebihan yang ada sama sepertimana labah-labah.

Antara kuasa yang dimiliki watak adiwira Spiderman yangs sering dipaparkan adalah seperti keupayaan memanjat bangunan, mengeluarkan benang sutera yang kuat, kekuatan luar biasa dan deria ke-6 yang mampu mengesan bahaya.
Itu adalah antara kelebihan-kelebihan yang sering ditonjolkan ada pada Spiderman dalam filem-filem adiwira tersebut serta komik-komiknya.
Sebenarnya terdapat banyak lagi fakta-fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu tentang haiwan kecil bernama labah-labah ini.
Jadi di sini dikongsikan 7 fakta menarik tentang labah-labah yang mungkin anda tidak tahu:-
1. Kebanyakkannya berbisa
Setakat ini, terdapat lebih daripada 45 ribu spesis labah-labah telah dikenal pasti di seluruh dunia. Sebahagian besarnya pula dikenal pasti sebagai labah-labah berbisa.
Bisa digunakan oleh labah-labah bagi tujuan melumpuhkan mangsanya sebelum dijamah.
2. Ada yang memburu burung
Labah-Labah mencari makanan dengan memburu dan menangkap mangsanya. Sebahagian besar Labah-Labah menjadikan serangga sebagai makanan utama mereka.
Tetapi terdapat labah-labah bersaiz besar yang memburu burung sebagai mangsa mereka seperti Labah-Labah Goliath Birdeater tarantula dan Golden Orb yang merupakan antara labah-labah paling besar di dunia.
Labah-Labah Goliath Birdeater tarantula mampu membesar sehingga 12 inci panjang.

3. Labah-labah tidak boleh menghadam makanan pepejal
Labah-labah tidak boleh menghadam makanan pepejal. Jadi, ia akan menunggu makanan pejal yang ditangkap itu bertukar ke bentuk cecair dengan merembeskan enzim penghadaman ke dalam tubuh mangsanya.
Kemudian barulah labah-labah memakan mangsanya dengan menyedut makan mangsanya.
4. Semua labah-labah menghasilkan sutera
Semua labah-labah menghasilkan sutera sepanjang kitaran hidup mereka. Sutera yang dihasilkan mereka pula digunakan untuk pelbagai tujuan seperti menangkap mangsa, untuk perlindungan dan pergerakan.
Tetapi tidak semua labah-labah menggunakan sutera dengan cara yang sama.

5. Tidak semua Labah-labah menghasilkan sarang labah-labah
Mungkin ramai beranggapan bahawa semua labah-labah membuat sarang dari sutera yang dihasilkan mereka.
Tetapi sebenarnya tidak semua labah-labah membuat sarang labah-labah dari sutera mereka. Sebagai contoh adalah labah-labah Wolf yang langsung tidak membina sarang dari suteranya sepertimana labah-labah lain.

6. Labah-labah betina memakan labah-labah jantan
Kebiasannya, labah-labah betina adalah lebih besar saiznya daripada labah-labah jantan. Jadi tidak hairanlah jika labah-labah betina akan menyerang labah-labah jantan sebagai makanannya.
Sebab itulah terdapat pergerakan tertentu yang digunakan labah-labah jantan sebagai ritual bagi membolehkan labah-labah betina mengenal pasti mereka sebagai pasangannya, bukan mangsanya untuk dimakan.
Sebagai contoh, spesis labah-labah lompat jantan akan melakukan pergerakan tarian pada jarak selamat dari labah-labah betina sebelum mendapat kebenaran mendekatinya.
7. Keupayaan deria ke-6
Dalam filem-filem Spiderman ditonjolkan keupayaan adiwira itu yang memiliki deria ke-6 atau lebih dikenali sebagai 'Spider Sense' di mana ia mampu mengesan bahaya sebelum menghadapi bahaya tersebut.
Sekaligus membolehkan Spiderman bertindak lebih dahulu sebelum bahaya menimpanya.
Kuasa adiwira itu adalah diinspirasikan daripada getaran yang terhasil dari sarang labah-labah yang bertindak memberikan informasi kepada labah-labah yang dirasai melalui 8 kakinya bagi mereka bertindak berdasarkan kekuatan getaran yang terhasil.
Sumber:thoughtco, nationalgeographic
Berkaitan
- Filem Avengers: Endgame Sekali Lagi Akan Ditayangkan Di Malaysia Bermula 29 Jun Ini
- Digi Memudahkan Anda Menyumbangkan Peranti Yang Tidak Lagi Digunakan Kepada Pelajar B40
- Malam Kini Semakin Panas, Risiko Kematian Lebih Tinggi - Kajian
- Status Internet Dan Telekomunikasi Di Kawasan Banjir Jadi Keutamaan
- Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS & iPadOS 13.2.3
- Buat Rayuan Jika Permohonan Geran Khas Prihatin 2.0 Anda Ditolak
- Google Kini Boleh Membuang Nombor Telefon, Alamat Pengguna Dari Hasil Carian
- Prasarana Beri Jaminan, Keselamatan Operasi MRT Laluan Putrajaya Tidak Terjejas
- Celcom Tawar Galaxy A03 Secara Percuma Dengan Pelan Pascabayar Celcom Xpax
- Tambahkan Ciri Baru Dalam Windows 10 Dengan Memasang Aplikasi HotCorners