7 Dash Cam Terbaik Untuk Kereta Anda

Penggunaan dash cam sangat membantu kita untuk bersedia jika berlaku sebarang masalah atau kemalangan yang melibatkan kenderaan anda. Selain itu, terdapat juga sesetengah dash cam yang menyertakan sekali kamera belakang yang memudahkan kita untuk parkir kereta kita.

Disebabkan terdapat banyak pilihan dash cam yang terdapat di pasaran, pasti anda tertanya-tanya yang produk mana yang sesuai untuk dibeli. Oleh itu, di sini kami menyenaraikan antara 7 senarai dash cam yang terbaik untuk dibeli. 

1. Thinkware F800 Pro




Dash cam Thinkware F800 Pro merupakan dash cam terbaik yang boleh dibeli. Ia mempunyai resolusi 1080 FHD yang mampu merakam dengan lebih jelas agar anda tidak terlepas sebarang rakaman penting ketika merakam dalam suasana yang gelap.

Selain itu, dash cam ini juga dilengkapi dengan fungsi amaran pergerakan kereta hadapan (Front Vehicle Departure Warning [FVDW]) yang mana ia akan memberikan amaran jika kenderaan hadapan bergerak. Tambahan pula, ia mempunyai WiFi yang membenarkan anda untuk menyambungkan telefon anda untuk melihat, muat turun atau membuang rakaman video.

Beli di Shopee - https://invol.co/cl7j1f5

2. EKLEVA CMC46-4K- RM467




Model dash cam EKLEVA CMC46-4K mempunyai rekaan seperti cermin pandang belakang. Selain itu, ia mempunyai skrin sentuh 12 inci, WiFi, kawalan suara dan GPS. Rakaman pada dash cam ini mempunyai resolusi sehingga 4k dan dan penglihatan malam (night vision). Ia juga mempunyai pengawasan parkir 24 jam untuk menjamin keselamatan kereta anda jika berlaku apa-apa ketika kenderaan anda ditinggalkan.

Beli di Shopee - https://invol.co/cl7j1g7

3. 70MAI Rearview Dashcam Wide + RC05




Rekaan 70MAI Rearview Dashcam Wide ini seperti EKLEVA CMC46-4K iaitu seperti cermin pandang belakang. Ia mempunyai 9.35 inci skrin sentuh FHD, WiFi, kawalan aplikasi serta keluasan rakaman 130 darjah di bahagian depan dan 135 darjah kamera bahagian belakang.

Beli di Shopee - https://invol.co/cl7j1ho

4. 70MAI Pro




Bagi yang mencari dash cam pintar dengan harga yang berbaloi, Xiaomi 70MAI Pro ini mungkin dash cam yang anda cari kerana ia mampu merakam dengan sangat jelas iaitu sehingga resolusi 1944p. Ia juga mempunyai fungsi penglihatan malam (night vision) untuk merakam dalam suasana cahaya rendah dan pemantauan parkir 24 jam.

Beli di Shopee - https://invol.co/cl7j1i2 

5. GOQ D200 Dash Cam




 

Dash cam QOD D200 ini tersenarai kerana ia mampu merakam 2 rakaman pada satu masa untuk bahagaian dan belakang. Dengan keluasan rakaman sehingga 170 darjah untuk kamera depan dan 120 darjah untuk kamera bahagian belakang. Selain itu, ia juga mempunyai fungsi rakaman serta merta apabila berlaku kemalangan.

Beli di Shopee - https://invol.co/cl7j1if

6. GOQ D90




Keunikan bagi GOQ D90 ini ialah ia mempunyai 3 kamera iaitu untuk merakam bahagian depan, belakang dan juga dalam kereta. Bagi sesiapa yang berminat untuk melihat rakaman secara menyeluruh termasuk rakaman dalam kereta, ini mungkin dash cam yang sesuai untuk anda. 

Beli di Shopee - https://invol.co/cl7j1iq

7. GOQ T696S




 

Dash cam GOQ T679S ini merupakan dash cam paling berpatutan yang anda boleh dapatkan. Ia mempunyai pelbagai ciri seperti resolusi rakaman FHD, penglihatan malam, keluasan rakaman 170 darjah dan sensor pergerakan (motion sensor). 

Beli di Shopee - https://invol.co/cl7j1j5

Dengan senarai yang kami senaraikan ini, anda rasa yang mana satu dash cam yang paling sesuai untuk anda?

Berkaitan