7 Cara Memperbaiki Penerimaan Isyarat Peranti Pintar

Kepada anda yang mengalami masalah Isyarat 3G atau 4G yang lemah, berikut kami kongsikan 7 kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tersebut.

1. Jangan berubah tenpat setelah mendapat Isyarat yang baik

Apabila anda bergerak, telefon dan rangkaian sentiasa perlu disesuaikan untuk memenuhi lokasi perubahan anda. Ini menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan dan memegang isyarat kuat.

2. Tanggalkan pelindung peranti

Pemasangan Casing pada peranti sedikit sebanyak akan mempengaruhi kekuatan penerimaan isyarat, sekiranya isyarat yang diterima terlalu lemah, tanggalkan pelindung.

3. Jauhi daripada halangan 

bangunan dan dinding rumah juga boleh menyebabkan penerimaan isyarat pada peranti pintar menjadi berkurangan oleh keranan strukturnya yang tebal menyukarkan gelombang untuk menembusinya.

4. Pastikan kapasiti bateri tidak kurang daripada 25%

Peranti memerlukan kuasa yang cukup untuk menerima isyarat dengan baik. Pastikan bateri peranti sentiasa dengan kapasiti yang cukup.

5. Ubah lokasi

Sentiasa ubah lokasi anda sehingga mendapatkan isyarat yang baik. Setelah mendapatkan isyarat yang stabil, kekalkan pada lokasi tersebut.

6. Pindah ke lokasi yang lebih tinggi.

Apabila berada pada lokasi yang tinggi secara tidak langsung halangan seperti bangunan dan bentuk muka bumi akan semakin berkurangan.

7. Gunakan kemudahan WiFi

Langkah terakhir sekiranya masalah isyarat 4G atau 3G masih lagi tidak selesai, tukar sambungan kepada WiFi.

 

Walaubagaimanapun apa yang penting pastikan anda memilih telco dengan liputan yang baik dan luas, tiada gunanya pakej kuota internet tanpa had sekiranya liputan terlalu kecil. Tepuk dada tanyalah selera.

Berkaitan