7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda

Pastinya semua orang mahukan hasil gambar yang terbaik ketika ingin berkongsi ke media sosial seperti Instagram, Facebook dan lain-lain platform.

Bagi sesetengah orang, cukup sekadar gambar yang diambil dengan kamera telefon pintar dan terus dimuat naik. Tetapi ada juga dalam kalangan pengguna yang suka menyunting gambar terlebih dahulu dengan menambah beberapa elemen supaya ia kelihatan lebih menarik.

Apakah kriteria aplikasi edit gambar yang terbaik?

  • Antaramuka - sudah pasti antaramuka yang ringkas dan mesra pengguna menjadi keutamaan.

  • Suntingan - Ia mesti menyediakan satu set ciri lengkap bersama-sama dengan kesan penyuntingan dan penapis yang terbaik.

  • Perkongsian - Aplikasi yang baik memudahkan anda berkongsi fail secara dalam talian.


 

1. VSCO (Android, iOS)- Aplikasi ini sangat popular, lebih-lebih lagi dalam kalangan pengguna Instagram kerana ia menghadirkan fungsi suntingan dengan pelbagai gaya.



 

2. Adobe Lightroom (Android, iOS) - Aplikasi suntingan yang ditawarkan secara percuma ini menyediakan fungsi white balance, pendedahan, tetapan kejelasan dan banyak lagi.



 

3. Adobe Photoshop Express (Android, iOS) - Satu lagi aplikasi dari Adobe. Umum pun sudah mengetahui kebolehan nama besar ini dalam bidang penyuntingan gambar. Tersedia dengan pelbagai kesan visual yang menarik.



 

4. PicsArt Photo Studio (Android, iOS) - Mampu menghasilkan imej yang terbaik menerusi ciri yang disediakan. Ia juga menawarkan kebolehan mencipta GIF.



 

5. Snapseed (Android, iOS) - Proses suntingan yang mudah dan paling penting ia memproses semua jenis format dengan pantas.



 

6. Toolwiz Photos (Android) - Mudah digunakan serta berupaya menghasilkan gambar yang berkualiti. Mendapat penilaian 4.7 di Google PlayStore.



 

7. Pixlr (Android) -  Antara muat turun terbaik di Google PlayStore dengan muat turun lebih dari 50 juta kali. Antaramuka yang ringkas serta fungsi suntingan yang pelbagai.