Aplikasi Berbayar Kini Ditawarkan Secara Percuma Untuk Tempoh Masa Terhad

Google Play Store sedia menyenaraikan pelbagai aplikasi untuk pengguna Android, dari percuma sehinggalah kepada yang berbayar.

Namun begitu, ada juga diantara aplikasi-aplikasi yang berbayar itu ditawarkan secara percuma untuk tempoh masa terhad. Senarai aplikasi adalah seperti dibawah.

1. Minesweeper Pro (muat turun)



Permainan popular sejak sekian lama. Menguji nasib dan kecekapan anda memilih kotak tanpa letupan.

2. Lost Journey (muat turun)



Permainan teka-teki yang berjaya tercalon dalam 2015 IndiePlay Best Mobile Game, memenangi 2014 Imagine Cup di China dan Permainan ID @ Xbox yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2014.

3. Man Eating Plant VIP (muat turun)

Versi VIP menawarkan 10,000 coins, 30 Dark Stones, kupon untuk langkau 10 video.

4. God's Orbits - Gravity Puzzles (muat turun)



Aplikasi permainan berasaskan simulasi graviti yang membolehkan anda mengawal kelajuan dan arah orbit planet.

5. Alter Dogma (muat turun)



Permainan RPG (Roll Playing Game) dengan karakter 2D. Pengguna menjelajah dunia permainan untuk mencari petunjuk.

6. Chicken Tournament (muat turun)



Aplikasi permainan aksi "perang" menentang ayam.

7. Speed View GPS Pro (muat turun)



Boleh jejak kelajuan, jarak, masa, lokasi dan pelbagai lagi. Antara ciri yang ditawarkan, bertukar antara speedometer kereta dan cyclometer motorsikal.

8. Klaxon Alarm & Siren (muat turun)

 



Hanya bunyi penggera semata-mata. Sesuai untuk anda yang gemar mengusik rakan-rakan.

9. Super Dangerous Trap (muat turun)



Untuk pengguna yang gemarkan permainan cabaran. Pelbagai halangan dan platform bergerak untuk ditempuhi.

10. Jungle Collapse 2 Pro (muat turun)



Susun kotak yang sama secara menegak, melintang atau diagonal untuk musnahkannya.

11. Word Flood Pro (muat turun)



Tingkatkan kemahiran mengeja dalam bahasa Inggeris dengan aplikasi ini. Selain menghiburkan ia tidak diganggu oleh sebarang paparan iklan.

12. TD: Goblin Defenders - Towers Rush Pro (muat turun)



Pertahankan menara anda dari musuh yang datang dari segenap arah.

Tarikh tamat tawaran percuma adalah ketika artikel ini ditulis dan untuk itu, bolehlah memuat turun sementara ia ditawarkan.