7 Alternatif Kepada PowerPoint, Hasilkan Infografik Dan Bahan Pembentangan Dengan Mudah

Menghasilkan infografik kadang kala boleh memeningkan kepala kerana kita perlu menyediakan bahan yang mudah dihadam pembaca yang lain.

Tidak semua orang dapat memahami ayat yang dikarang berjela-jela dan disebabkan itu, infografik menjadi pilihan kebanyakkan dari kita.

Jika anda seorang pelajar, ia sangat sesuai digunakan untuk pembentangan subjek di dalam kelas dan alternatif kepada perisian PowerPoint.

1. Canva




Laman web ini menyediakan fungsi yang mampu membantu anda menyediakan infografik. Jutaan pilihan imej disediakan, jadi tiada masalah bagi anda untuk mencari susun atur (layout) yang sesuai untuk infografik.

Tidak terhad dengan itu, ia juga mempunyai pelbagai pilihan font yang menarik.

2. Easel.ly




Satu lagi laman web menghasil infografik dengan pantas. Tidak seperti Canva, aplikasi ini membenarkan anda untuk memasukkan kandungan media seperti video dari Youtube ataupun dari imej anda sendiri.



Aplikasi berasaskan laman web ini sangat mudah digunakan walaupun anda baru pertama kali mahu mereka infografik. Ia menawarkan infografik seperti carta, peta, ikon, piktogram, imej dan banyak lagi.

4. Piktochart




Menyediakan pilihan format infografik dengan pelbagai saiz dan turut menyokong kandungan video dari Youtube dan juga Vimeo.

Muat turun ingin infografik ini dalam bentuk imej ataupun format PDF dan pilih saiz yang anda mahu.

5. Visme




Pilih template yang anda mahukan dan mula mereka bentuk infografik dengan meletakkan imej, carta, bentuk dan juga font yang menarik. Anda turut berupaya meletakkan audio ke dalam infografik ini jadi supaya ia lebih mudah difahami.

6. Haiku Deck




Menawarkan 27 template dengan 35 juta foto tersedia. Rekabentuk dan edit infografik anda melalui telefon pintar mahupun komputer.

7. Prezi




Perisian berasaskan awan ini sangat menarik untuk menghasilkan infografik ataupun bahan pembentangan. Anda boleh menyimpan segala bahan ke dalam fungsi storan awan yang disediakan.