7 "Alarm" Unik & Berkesan Untuk Pastikan Anda Bangun Pagi

Kepada anda yang bosan dengan jam loceng biasa yang terdapat pada peranti pintar, berikut kami kongsikan 7 aplikasi alarm yang agak ekstrem dan unik untuk pastikan anda tidak terlepas sahur di bulan puasa ini.

1. Alarm Clock Ekstreme



 

Aplikasi bawaan Android ini dapat anda dapati daripda Playstore. Fungsinya yang unik memerlukan anda menyelesaikan soalan matematik untuk membolehkan ianya di hentikan.

Ianya juga didatangi dengan pilihan fungsi snooze yang perlu di goncang beberapa kali untuk memati alarm.

2. Alarmy



Mendapat pengiktirafan apliaksi alaram yang paling menjengkelkan, dimana ianya memerlukan anda menyelesaikan masalah matematik, tangkap gambar ataupun shake untuk mematikan bunyi alarm. Aplikasi Alarmy boleh didapati pada Playstore dan Appstore.

3. Sleep Cycle



Aplikasi ini dapat mengesan pola tidur anda, yang mana ianya akan mengejutkan anda pada waktu yang sepatutnya. Maka tidur anda akan lebih terjadual. Aplikasi ini tersedia pada peranti Android sahaja.

4. Gentle Alarm



Kekuatan bunyi akan semakin meningkat sekiraanya lambat dimatikan, anda perlu menyelesaikan kuiz dan soalan matematik untuk menyelesaikannya. Apliaksi ini hanya terdapat pada peranti Android.

5. Snap Me Up



Aplikasi snap me up agak unik berbanding yang lain, iaitu pengguna perlu melakukan selfie untuk mematikan alarm. Boleh dimuat turun daripada Playstore.

6. UHP Alarm



Aplikasi ini akan bertindak agak agresif iaitu dengan memuat naik status dimedia sosial sekiranya anda tidak bangun dan matikan alarm. Jadi pastikan anda matikan alarm sekiranya tidak mahu dimalukan. Aplikasi ini hanya tersedia pada peranti iPhone sahaja.

7. Walk Me Up



Anda perlu berjalan sejauh 15 langkah untuk mematikan alarm, secara tidak langsung ianya akan membuatkan anda tidak mengantuk lagi. Sangat membantu, walaubagaimanapun ianya hanya boleh didapati pada peranti Android sahaja.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan