6 Tetapan Peranti Pintar Yang Wajib Untuk Kanak-Kanak

Sememangnya adalah tidak digalakkan untuk anda menghadiahkan telefon pintar kepada anak-anak yang berumur dibawah 12 tahun, kerana banyak kesan buruk yang boleh berlaku tanpa pengawasan ibubapa.

Berikut kami kongsikan 6 tetapan yang perlu ada pada peranti pintar bagi kegunaan anak-anak dibawah umur.

1. Google Family Link



Aplikasi ini khusus untuk memastikan anak anda tidak dapat memalsukan umur pada akaun google. Seterusnya anda dapat memantau aktiviti anak anda dengan menggunakan aplikasi ini

 

2. Parantal Control pada Playstore



Penting agar aplikasi yang berunsurkan keganasan ataupun lucah dapat disekat. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah ini.

Play Store > pilih menu Settings > Parental Controls > klik On

 

3. Aktifkan Parantal control pada Google Chrome



Fungsi yang sama seperti pada Playstore, sangat penting untuk menyekat anak anda daripada melayari laman sesawang yang tidak sesuai.

 

4. Fitur Family Library



Boleh didapati daripada Playstore, khusus untuk memantau apa sahaja aplikasi yang dimuat turun oleh anak anda.

 

5. Youtube Kids



Buang aplikasi Youtube asal yang ada pada peranti Android dan gantikannya dengan Youtube Kids. Dengan Aplikasi ini anda tidak perlu risau lagi akan video apa yang mainkan oleh anak-anak anda.

 

6. Find My Device



Bertujuan untuk mengesan peranti pintar anak anda yang hilang ataupun dicuri. Apapun pastikan peranti itu dilengkapi dengan data internet.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.