6 Telefon Pintar Berkuasa Tinggi Dengan Harga Termurah 2018(Setakat Ini)

Semua pengguna telefon pintar mengidamkan untuk memiliki peranti yang terbaik. Namun, tak semua daripada kita mampu atau mahu membelanjakan wang yang terlampau banyak untuk sebuah telefon pintar.

Maka dengan itu, kami akan senaraikan enam telefon pintar dengan spesifikasi tinggi dengan harga termurah untuk tahun 2018, setakat ini.

Sebelum itu, suka diingatkan bahawa harga yang disenaraikan adalah untuk variasi termurah dan diambil daripada laman rasmi pengeluar atau pengedar yang sah sahaja.

Okay, jom kita mulakan.

1. Pocophone F1 - RM 1,299 (6GB RAM+64GB/128GB)

Peranti keluaran anak syarikat Xiaomi ini telah memberikan tamparan hebat kepada para pesaingnya. Mana tidaknya, dengan ciri-ciri seperti penggunaan cip Snapdragon 845 dan sistem penyejukan cecair, harga yang ditawarkan adalah tidak masuk akal.

Spesifikasi lain : Skrin IPS LCD FHD+, Corning Gorilla Glass, Kamera Utama(12MP+5MP), Kamera Swafoto(20MP), Bateri 4,000 mAh

2. Honor Play - RM 1,249 (4GB RAM+64GB) 



Honor Play adalah peranti menfokuskan permainan mudah alih dari Honor. Selain dilengkapi cip Kirin 970, ia juga menjadi peranti pertama yang hadir dengan sokongan GPU Turbo dari dalam kotak. Teknologi tersebut didakwa akan memberikan pengalaman bermain yang lebih baik kepada pengguna.

Spesifikasi lain : Skrin IPS LCD FHD+, Kamera Utama(16MP+2MP), Kamera Swafoto(16MP), Bateri 3,750 mAh

3. Honor 10 - RM 1,599 (4GB/6GB RAM+64GB/128GB)



Sebuah lagi peranti Honor yang berada dalam senarai. Walaupun menggunakan cip yang sama seperti Honor Play(Kirin 970), Honor 10 lebih tertumpu kepada keupayaan kamera dan keindahan binaannya. Peranti ini juga telah menerima kemaskini GPU Turbo daripada induknya, Huawei.

Spesifikasi lain : Skrin IPS LCD FHD+, Corning Gorilla Glass, Kamera Utama(16MP+24MP), Kamera Swafoto(24MP), Bateri 3,400 mAh

4. Xiaomi Mi 8 - RM 1,699 (6GB/8GB RAM+64GB/128GB/256GB)



Xiaomi Mi 8 boleh dikatakan peranti paling menarik dalam senarai ini. Ini kerana disamping cip berkuasa tinggi Snapdragon 845, kamera peranti ini jugak tidak kurang hebatnya. Jika tidak, mana mungkin ia menduduki tangga ke-lima bersama Samsung Galaxy S9+ dalam senarai DxOMark. Malah ia turut hadir dengan skrin SuperAMOLED.

Spesifikasi lain : Corning Gorilla Glass 5, Kamera Utama(12MP+12MP), Kamera Swafoto(20MP), Bateri 3,400 mAh

5. Honor View 10 - RM 1,789 (4GB/6GB+64GB/128GB)



Wakil ketiga Honor dalam senarai ini, peranti yang juga dikenali sebagai v10 ini turut hadir dengan cip yang sama seperti dua peranti Honor sebelumnya. Bezanya, Honor v10 ini memiliki panel paparan yang lebih besar berbanding Honor Play dan Honor 10.

Spesifikasi lain : Skrin IPS LCD FHD+, Kamera Utama(16MP+20MP), Kamera Swafoto(13MP), Bateri 3,750 mAh

6. Asus Zenfone 5Z - RM 1,899 (4GB/6GB/8GB RAM+64GB/128GB/256GB)



Menjadi satu-satunya peranti Asus dalam senarai ini, Zenfone 5Z muncul sebagai satu-satunya peranti perdana Asus(selain ROG Phone) yang dilancarkan pada tahun ini. Selain didatangkan dengan cip Snapdragon 845, binaan badan pada peranti ini juga mampu menarik minat pembeli untuk mendapatkannya. Malah, ia turut dilengkapi dengan teknologi AI yang lebih menyeluruh.

Spesifikasi lain : Skrin IPS LCD FHD+, Corning Gorilla Glass, Kamera Utama(12MP+8MP), Kamera Swafoto(8MP), Bateri 3,300 mAh

Walaupun tahun 2018 masih berbaki kira-kira tiga bulan, kami menjangkakan tidak peranti yang masih belum dilancarkan mampu mencabar kedudukan enam peranti dalam senarai ini.

Atau mungkinkah ada kejutan saat akhir daripada para pengeluar nanti? Ianya adalah amat menarik untuk diperhatikan.

 

Sumber : Honor  Asus  Xiaomi  DirectD