6 Sebab Mengapa Anda Perlu "Skip" Google Pixel 4

Baru-baru ini, Google baru sahaja melancarkan peranti mercu terbarunya iaitu Google Pixel 4 dan 4XL Apa yang menarik tentang peranti terbarunya itu ialah ia merupakan peranti yang paling banyak didedahkan tentang reka bentuk dan spesifikasinya di media sosial.

Namun, ada beberapa perkara yang agak menghampakan para pengguna, khususnya pegguna Google Pixel yang mungkin menjadi sebab untuk mereka tidak membeli Google Pixel 4/4XL ini. Antaranya ialah:

  • Saiz Bateri




Peranti Android sememangnya terkenal dengan mempunyai kapasiti bateri yang besar, namun tidak bagi Google Pixel 4 kerana ia hadir dengan bateri berkapasiti 2800mAh bagi Pixel 4 dan 3700mAh bagi Pixel 4XL. Bagi kapasiti bateri yang terdapat pada Google Pixel 4XL mungkin masih boleh diterima, tetapi pada tahun 2019 Google pixel 4 masih lagi mempunyai bateri berkapasiti 2800 mAh dengan penggunaan skrin Oled 90Hz dan hadir dengan sistem motion radar pasti akan menggunakkan kuasa bateri yang banyak.

  • Saiz Storan Yang Kecil Dan Tiada Penyimpanan Gambar Tanpa Limit Di Google Photos




Google telah mengumumkan bahawa Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL hadir dngan storan 64GB dan 128GB. Ia juga merupakan langkah yang kurang bijak dari Google kerana agak kurang munasabah bagi sebuah peranti yang dilancarkan lewat 2019 hadir dengan storan yang kecil iaitu 64GB. Tambahan pula Google Pixel 4 tidak mempunyai penyimpanan gambar kualiti asal tanpa limit di Google Photos dan perkara ini amat mengecewakan banyak pihak terutamanya para pengguna.

  • Tiada Lensa Ultra Sudut Lebar




Google pixel amat terkenal di kalangan pengulas gajet dan para pengguna kerana mempunyai kamera yang mampu menghasilkan gambar yang menakjubkan. Jika kita lihat pada penghujung tahun 2018, pengulas gajet terkenal MKBHD memuatnaik video mengenai anugerah telefon pintar terbaik 2018 dan bagi kategori kamera sememangnya dimenangi oleh Google Pixel 3. Namun, pada tahun ini agak mengecewakan kerana Google Pixel 4XL tidak mempunyai lensa ultra sudut lebar dan hanya menambah lensa telefoto sahaja. Perkara ini turut disentuh oleh MKBHD dalam video terbarunya dan beliau amat kecewa kerana banyak peranti lain telah mempunyai lensa ultra sudut lebar termasuk Iphone pada siri Iphone 11. Seorang lagi pengulas gajet terkenal iaitu Supersaf juga amat kecewa dan memuatnaik satu story di akaun Instagram beliau dengan memerli Google Pixel 4 yang tiada lensa ultra sudut lebar.


Kredit Gambar: Supersaf




  • Harga Terlalu Tinggi




Dari segi tanda harga, Google Pixel 4 bagi storan 64GB akan dijual pada harga $799 dan untuk storan 128GB pula akan dijual dengan harga $899. Dengan tanda harga sedemikian, para pengguna boleh membeli peranti-peranti yang lain yang mempunyai pelbagai fungsi yang lain termasuk mempunyai lensa ultra sudut lebar seperti Samsung Galaxy S10 dan S10E, One Plus 7T dan Iphone 11.\

  • Isu "Face Unlock"




Agak mengecewakan apabila Google Pixel 4 yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu mempunyai masalah pengimbasan wajah. Ia berkaitan dengan masalah pengimbas wajah atau dikenali sebagai "Face Unlock" kerana ia berupaya mengimbas wajah walaupun pemiliknya menutup mata. Sekaligus membenarkan pengguna lain mengakses peranti tersebut.

  • Tiada Snapdragon 855+




Pada setiap tahun, Google Pixel akan hadir dengan cipset mercu dari Qualcomm seperti pada tahun lalu Google Pixel 3 hadir dengan cipset Snapdragon 845. Berbeza pada tahun ini apabila Qualcomm telah mengeluarkan dua cipset mercu iaitu Snapdragon 855 dan Snapdragon 855+. Agak mengecewakan kerana Google pixel 4 yang dilancarkan pada lewat 2019 hadir dengan cipset Snapdragon 855 dan membuatkan ia berada di belakang Vivo nex 3 5G, Xiaomi Mi 9 Pro 5G, Asus ROG Phone 2 dan peranti lain yang menggunakkan Snapdragon 855+. Ia boleh diterima jika Google Pixel 4 dilancarkan sebelum September kerana menggunakkan Snapdragon 855 tetapi dilancarkan di penghujung 2019 seeloknya menggunakkan Snapdragon 855+.



Namun begitu, Google Pixel 4 sememangnya mempunyai kelebihannya tersendiri walaupun ada beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki selepas ini. Antara keistimewaan peranti ini ialah ia mempunyai kamera yang mampu menghasilkan gambar yang sukar ditandingi peranti lain. Dengan penambahbaikan pada sistem "Night Sight", peranti ini dilihat mampu menewaskan Huawei Mate 30 pro dan Iphone 11 Pro. Ditambah dengan penggunaan skrin Oled yang mempunyai refresh rate sebanyak 90hz, pasti ia akan memberikan pengalaman baru buat para pengguna ketika bermain permainan mobil dan juga melakukan aktiviti harian. Google juga memperkenalkan inovasinya yang terbaru iaitu "Motion Sense" di mana para pengguna boleh menggunakkan peranti dengan menggunakkan gesture tangan tanpa menyentuh skrin.

Sumber : phonearena