Ini Adalah Kenapa Komputer Riba Ini Sangat Sesuai Untuk Golongan Pelajar


Untuk golongan belia dan juga pelajar, ada kalanya anda menggaru kepala mencari-cari model komputer riba yang sesuai untuk digunakan.

Baru-baru ini, Lenovo telah melancarkan sebuah komputer riba bergaya IdeaPad Flex 5 untuk yang mempunyai ciri dan fungsi menarik pada harga yang berpatutan.



Sehubungan itu, mari kita lihat 6 sebab mengapa Lenovo IdeaPad Flex 5 merupakan komputer riba yang sesuai untuk golongan seperti ini.

1. Rekaan Bergaya Dengan Skrin Boleh Lipat


Lenovo IdeaPad Flex 5 merupakan komputer riba 2-dalam-1 yang boleh berubah menjadi tablet dengan rekaan paparan boleh dilipat sehingga 360 darjah.

Mengikut keselesaan anda menggunakan komputer riba ini, anda boleh mengubahnya menjadi mod tablet, khemah, ataupun menggunakan papan kekunci sebagai sebuah stand.



Ia juga hadir dengan reka bentuk ringan hanya 1.5kg dan nipis 17.9mm menjadikannya mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Lebih unik, IdeaPad Flex 5 turut dilengkapi kemasan seumpama fabrik yang memberikan pegangan selesa pada masa yang sama menampakkan sisi mewah komputer riba.

2. Skrin Bezel Nipis Untuk Kandungan Multimedia Memuaskan


Sesuai untuk pengguna yang mengutamakan kepuasan menonton kandungan pada skrin, Lenovo IdeaPad Flex 5 ini mempunyai 14 inci FHD skrin dengan bezel yang nipis di sekelilingnya.



Ia menjadikan pengalaman menonton video, membuat tugasan, dan bermain permainan lebih memuaskan dengan resolusi Full HD yang terang.

3. Pantas Dengan Cip AMD Ryzen Yang Terbaru


Dimuatkan dengan cip AMD Ryzen 4500U yang terkini, prestasi Lenovo IdeaPad Flex 5 lebih pantas terutamanya untuk pengguna yang mengutamakan multi-kerja dan juga produktiviti.



Selain itu, RAM dimuatkan dengan 8GB DDR4 3200MHz serta storan pantas 256GB SSD.

Segala kombinasi spesifikasi pada Lenovo IdeaPad Flex 5 ini akan memberikan pengalaman prestasi yang memuaskan ketika anda menggunakannya.

4. Privasi Terbina, Kandungan Selamat Dari Capaian Orang Lain


Tidak cukup dengan kelengkapan spesifikasi, Lenovo IdeaPad Flex 5 juga turut mengutamakan aspek privasi dan keselamatan pengguna.

Pada komputer riba ini, ia dimuatkan dengan pelindung kamera web yang melindungi pengguna ketika tidak menggunakannya.



Kini, anda tidak lagi perlu risau jika ada perisian atau pihak lain yang mengintip anda di sebalik skrin anda.

Bukan sahaja itu, komputer riba ini turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari terbina. Anda tidak perlu lagi menggunakan kata laluan atau nombor PIN untuk log masuk akaun anda. Hanya semudah satu jari sahaja.

5. Pengecasan Pantas Menjimatkan Masa


Lenovo IdeaPad Flex 5 hadir dengan pengecasan pantas Rapid Charge yang hanya memerlukan masa 1 jam untuk bateri kapasiti menjadi 80%.



Jadi, anda tidak lagi perlu menunggu lama untuk mengecas komputer riba sehingga penuh.

Tambahan lagi, anda juga boleh mengecas komputer riba melalui port USB-C secara Power Delivery. Ini bermakna jika anda ada kabel USB-C yang digunakan pada telefon pintar, itu pun boleh digunakan untuk mengecas komputer riba.

6. I/O Pelbagai Guna Kemudahan Untuk Pengkarya Digital


Mungkin ada antara anda yang mengutamakan pilihan port I/O tertentu. Jika anda seorang pencipta karya digital, Lenovo IdeaPad Flex 5 ini menariknya turut hadir dengan slot pembaca kad 4-dalam-1.

flex5_ports.jpg

Jadi, anda tidak perlu lagi bergantung harap dengan membeli aksesori tambahan semata-mata untuk memindahkan fail seperti dari kamera ke komputer riba.

Antara port I/O lain yang disertakan adalah 2 x USB 3.1 (Gen 1), 1x USB-C (Gen 1 with PD), 1x HDMI 1.4b, dan juga bicu audio untuk mikrofon/fon telinga.

Penutup


Komputer riba ini hadir dengan 2 pilihan warna menarik iaitu Graphite Grey dan Light Teal.



Komputer riba ini dijual pada harga bermula RM3,099 untuk model permulaan. Tambah menarik, Lenovo IdeaPad Flex 5 telah dimuatkan dengan perisian Microsoft Office Home & Student 2019 yang bernilai RM529.

Untuk anda yang berminat dengan produk, boleh layari laman web rasmi Lenovo Malaysia di pautan ini dan lawati pautan ini untuk senarai penjual sah dalam talian.

*Artikel dibawakan oleh Lenovo Malaysia