6 Produk Apple Yang Gagal.

Mungkin anda tidak tahu, sebelum iPhone dikeluarkan, Apple bergelut untuk menembusi pasaran gadget. Bermula dari komputer Macintosh dan konsol permainan, Apple telah melalui cabaran dan kesukaran menarik perhatian pengguna. Mari kita lihat senarai 6 produk dari Apple yang gagal .



1) Apple Pippin (1995-1996)







Ya, Apple pernah membuat percubaan mencipta konsol permainan untuk bersaing dengan Sony Playstation pada tahun 1995. Pada tahun itu, Nintendo dan Sega(Xbox) masih belum berada di pasaran. Dijual dengan harga $600, Apple Pippin sepatutnya dijual pada 300,000 unit pada tahun pertama. Namun mereka hanya menjual dalam lingkungan 12,000 unit dan konsol dari Apple ini ditamatkan pada tahun ke dua.











2) Apple QuickTake (1994-1997)









Apple QuickTake adalah sebuah kamera digital pertama di pasaran. Ianya berharga $750 dan mempunyai keupayaan mengambil gambar dengan cantik iaitu pada resolusi 640x480 ( Resolusi yang tinggi pada ketika itu). Sebenarnya Apple QuickTake bukanlah dibina oleh Apple sendiri. Ianya adalah peranti re-branding dari Apple. QuickTake dibina dan direka sepenuhnya oleh Kodak. Walaupun mempunyai keupayaan yang tinggi, Apple masih tidak dapat bersaing dengan syarikat kamera ternama pada ketika itu seperti Kodak, Fuji Film, Canon dan Nikon.











3) Apple III (1980-1981)









Apple II adalah komputer yang menerajui Apple. Selepas kejayaan Apple II, syarikat tersebut datang dengan komputer baru Apple III yang bukan dibina oleh Apple sendiri.



Ianya sebuah komputer yang besar dan tidak releven. Banyak luahan dan komen dari pengguna mengatakan komputer ini tidak mempunyai keupayaan Apple II. Malah penjualan Apple II masih tinggi meninggalkan Apple III.







4) Apple Lisa (1983-1985)









Apple Lisa dilancarkan pada tahun 1983. Ianya diberi nama Lisa bersempena dengan nama anak perempuan Steve Jobs. Ianya dijual pada harga $10,000. Sebuah komputer yang terlalu mahal dan Apple Lisa tidak mendapat sambutan lalu dibekukan serta merta.







5) Apple Newton (1993-1998)



Apple Newton adalah sebuah peranti bayang-bayang 'iPad'. Ianya bukanlah iPad, tetapi sebuah tablet pertama dari Apple. Peranti ini mempunyai ciri ciri PDA hybrid bersama handwriting recognition. Saiz, bateri yang lemah dan susah untuk dibaca membuatkan peranti ini gagal di pasaran. Apple kembali dengan iPad pada tahun 2010 dan kita pun sudah mengetahui cerita seterusnya.









6) Macintosh TV (1993)









Macintosh TV adalah kombinasi komputer dan TV. Ianya adalah sambungan komputer dengan skrin TV yang dilekatkan bersama. Namun yang merumitkan adalah tiada sambungan fizikal dari komputer ke skrin TV. Anda hanya mampu menonton TV atau menggunakan komputer. Usaha dari Apple ini adalah kelihatan sangat bernas kerana ianya seakan TV pintar, namun dengan harga $2000 pada ketika itu sangat mahal.



Sumber: Apple & Youtube