6 Pilihan Aplikasi Pesanan Makanan Sesuai Untuk Anda Yang Tidak Sempat Atau Mungkin Malas Masak

Gaya hidup yang sibuk dipenuhi tugasan pejabat boleh menjadikan anda tidak sempat untuk memasak. Belum lagi cerita bagi orang yang sememangnya pemalas sejak azali.

Untungnya kita dizaman ini, jika anda lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari diperanti, makanan sedia dihantar didepan pintu. Untuk itu, kami senaraikan 5 aplikasi untuk pesan makanan yang boleh anda gunakan apabila lapar.

1. Foodpanda



Dahulunya berwarna oren, kini ia kelihatan lebih comel dengan warna tema merah jambu. Caj penghantarannya kini lebih murah iaitu RM3 (KL, Selangor dan Putrajaya), RM 2 (Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu). Pesanan minimum adalah RM10.

Muat turun: Android atau iOS

2. GrabFood



Ketika ini hanya ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur, dan Lembah Klang. Salah satu cabang daripada 4 perkhidmatan yang ditawarkan oleh Grab. Caj penghantaran adalah RM5.

Muat turun: Android atau iOS

3. dahmakan



Menyenaraikan hidangan-hidangan yang berkhasiat dan tiada amaun minimum pesanan serta tiada sebarang caj penghantaran dikenakan. Turut menawarkan Prime, iaitu pakej pra-bayar berharga RM 209 (10 hidangan), RM399 (20 hidangan), dan RM949 (50 hidangan). Menjanjikan 30 minit tempoh penghantaran dan jika terlewat hidangan tersebut adalah percuma. Beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Muat turun: Android atau iOS

4.Mammam



Terdapat senarai masakan Melayu, Cina, India, Thai, Vegetarian serta hidangan popular tanah air. Mula beroperasi pada pukul 10 pagi sehingga 10 malam. Boleh buat pra pesanan dan pilih waktu penghantaran 2 hari berikutnya.

Muat turun: Android atau iOS

5. DeliverEat



Bermula di Pulau Pinang pada 2012, dan merupakan syarikat pesanan dalam talian pertama di bahagian utara tanah air dan sudah melebarkan sayapnya ke Kuala Lumpur serta Selangor. Berkerjasama dengan lebih dari 800 restoran untuk memberikan pelbagai pilihan makanan. Waktu operasi adalah dari 11 pagi sehingga 9 malam.

Muat turun: Android atau iOS

6. Bungkusit



Merupakan perkhidmatan penghantaran barang dan dokumen, ia juga boleh membantu anda ketika lapar. Menawarkan pesanan makanan daripada mana-mana kedai yang anda gemari, dari pasar malam sehingga ke restoran mewah.

Muat turun: Android atau iOS

 

Berkaitan