6 Mitos Biasa Yang Selalu Terkait Dengan VPN

VPN atau nama penuh inggerisnya Virtual Private Network merupakan satu rangkaian yang popular pada masa ini. Ini kerana rangkaian ini membekalkan sambungan sekuriti yang sensitif kepada pengguna dan pelayan itu sendiri.

Tidak dinafikan yang teknologi ini sangat berkesan dan efektif, namun ada sesetengah mitos berkenaan VPN yang membuatkan pengguna agak sangsi dengan teknologi ini.

Berikut senarai mitos yang selalu tekait dengan VPN:

  • VPN percuma sama bagusnya dengan yang berbayar


Bila bercakap mengenai VPN, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu berbayar dan percuma. Ada benarnya yang VPN percuma ini sudah mencukupi untuk digunakan tanpa perlu mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan servis mereka. Tetapi ini cuma berkesan jika kita hanya mahu melayari internet di tempat-tempat awam yang menyediakan Wi-Fi dan tidak mahu aktiviti kita dihidu.

Bagi servis yang berbayar pula, VPN menyediakan ciri keselamatan yang lebih baik dari yang percuma. Sebagai contoh,  VPN berbayar menawarkan penyulitan 256-bit berbanding VPN percuma yang menawarkan penyulitan 128-bit. Ini bermakna keselamatan dari pencerobohan lebih terjamin kerana tahap keselamatan penyulitan yang lebih tinggi.

  • VPN memperlahankan sambungan


VPN berfungsi dengan menyulitkan data dengan memasukkan data dalam satu 'kapsul'. Kapsul ini kemudian akan dihantar melalui laluan VPN ke destinasi pelayaran. Proses ini kemudian akan melalui proses yang sama untuk tujuan dinyah-nyulitkan.

Proses-proses ini sudah semestinya memakan masa yang lebih sedikit kerana perkhidmatan VPN menggunakan laluan khas mereka sendiri agar keselamatan data dapat dijamin. Sudah semestinya, pelanggan berbayar akan mendapat keutamaan yang paling tinggi berbanding pengguna yang menggunakan VPN yang percuma.

  • VPN ini untuk pengguna yang 'pakar' sahaja


VPN ini bukan dikhususkan untuk pengguna yang lebih pakar sahaja cuma penggunaanya tidak meluas sebelum ini kerana penyedia perkhidmatan belum lagi banyak seperti sekarang.

VPN ini cuma satu servis yang disediakan untuk mereka yang mahu aktiviti internet mereka tidak mahu diekori atas sebab-sebab tertentu. Terdapat penyedia VPN yang menyediakan servis melalui pelayar komputer anda tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi.

  • VPN menawarkan anonymity yang paling tinggi


Matlamat VPN menawarkan anonymity semasa melayari internet tetapi tidak bermaksud yang anda betul-betul halimunan. Sesetengah penyedia VPN menyimpan log aktiviti anda di Internet dan boleh digunakan dalam kes-kes mahkamah sekiranya dipinta.

Jika anda merancang untuk membuat perkara-perkara tidak bermoral di Internet menggunakan VPN, ia bukan satu aplikasi yang boleh menyembunyikan aktiviti anda dan kegiatan jahat anda boleh dihukum mengikut undang-undang negara anda.

  • Semua servis VPN adalah sama


Servis VPN sama sahaja dari segi matlamat menyembunyikan profil anda semasa melayari internet. Namun terdapat beberapa perkara yang membezakan VPN dengan VPN yang lain.

Perkara ini termasuklah dari segi harga, kelajuan sambungan, platform yang disokong dan pelayan.

Perkara-perkara ini patut diberi perhatian sekiranya anda merancang untuk menggunakan servis VPN dalam kadar yang kerap.

  • VPN menawarkan keselamatan yang optimum


Anda seharusnya tidak hanya mengharapkan servis VPN semata-mata dan menganggap anda sudah selamat dari niat tidak baik. Pemahaman yang baik adalah tidak ada pelayan yang tidak mampu digodam di luar sana cuma masa yang diambil sahaja yang berbeza untuk menceroboh pelayan bergantung kepada lapisan keselamatan pelayan tersebut.