6 Juta Unit Siri Xiaomi Mi 8 Berjaya Dijual Dalam Masa Empat Bulan

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun hari ini telah mengumumkan bahawa siri Mi 8 keluaran mereka telah berjaya mencecah kadar jualan sehingga 6 juta unit dalam masa empat bulan selepas pelancaran.

Jumlah itu merangkui semua edisi dalam siri Mi 8 - Mi 8, Mi 8 Pro, Mi 8 Lite dan Mi 8 SE. Malah Mi 8 Pro dan Mi 8 Lite hanya diperkenalkan pada bulan lepas.



Ini menunjukkan bahawa siri Mi 8 telah diterima baik oleh pengguna di seluruh dunia. Untuk rekod, Mi 8(standard) hadir dengan reputasi tinggi bersama cip Snapdragon 845, kualiti kamera yang baik dan harga yang amat berpatutan.

Bagi menghargai pembeli, Lei Jun mengumumkan bahawa harga bagi model Mi 8 biasa akan dikurangkan sebanyak CNY 200(~RM 120) di pasaran China. Peminat Xiaomi di negara lain juga pasti mengharapkan penurunan harga yang sama untuk peranti Mi 8 di tanah air mereka.

 

Sumber : GSMArena