6 Ciri Terkandung Dalam Kemaskini iOS 11.3

Kemaskini terbaru, iOS 11.3 dikhabarkan akan menemui pengguna tidak lama lagi. Melalui kemaskini itu, Tim Cook telah menjanjikan pilihan untuk pengguna sama ada untuk membiarkan atau mematikan sistem yang memperlahankan iPhone mereka.

Selain daripada itu, iOS 11.3 bakal menyediakan beberapa fungsi menarik lain dan penawarannya kepada umum dijadualkan berlangsung pada bulan Mac hadapan.

Berikut merupakan beberapa ciri yang bakal hadir pada kemaskini terbaru sistem operasi itu.

1. Kawalan keatas bateri



  • Menerusi fungsi ini, pengguna boleh mematikan sistem yang menyebabkan prestasi iPhone mereka menjadi perlahan dari sediakala. Selain itu, pengguna juga boleh memantau kesihatan bateri disamping iOS 11.3 akan memberitahu sama ada bateri anda dalam keadaan baik ataupun perlu ditukar.


2. Empat animoji baru



  • Antara ciri yang popular pada iPhone X adalah animoji. Diawal pengenalan ia tampil dengan 12 jenis animoji dan kini ia bakal ditambah dengan empat animoji baru; Naga, Beruang, Tengkorak dan juga Singa.


3. Teknologi AR kini boleh menyokong sudut menegak



  • Platform ARkit 1.5 pada iPhone sebelum ini hanya terbatas kepada permukaan sudut mendatar sahaja, namun kemaskini baru mempertingkatkan keupayaanya dengan mengenali sudut menegak  dan bentuk lain seperti bulat.


4. Baca dan padam iMessages dimana jua



  • Fungsi mesej di iCloud memberikan pengguna kebolehan untuk memadam atau membaca  mesej melalui mana-mana peranti asalkan ia bersambung dengannya. Jika pengguna pada mesej menggunakan komputer riba, mesej pada iPhone turut terpadam.


5. Business Chat

  • Ciri pada iMessage ini memudahkan pengguna untuk berhubung terus kepada wakil perniagaan, menetapkan waktu temujanji atau membuat pembelian melalui Apple Pay.


6. Kesihatan anda kini boleh direkod

  • Ciri Health Records diperkenalkan untuk memberi kesenangan kepada penguna mengakses rekod-rekod kesihatan bagi tujuan dimasa hadapan.


Lain-lain penambahan adalah tiada gangguan iklan ketika pengguna menstrim video muzik dari Apple Music.

Sumber: Apple via Cnet