6 Cara Untuk Mengurangkan Kadar Pendedahan Radiasi Telefon Pintar Kepada Diri Kita

Gelombang radiasi yang dikeluarkan oleh sesebuah telefon pintar adalah sesuatu yang normal, namun boleh mendatangkan bahaya kepada manusia.

Antara kesan terburuk yang boleh dihadapi akibat terdedah kepada radiasi gelombang radio telefon pintar secara berlebihan ialah kanser.

Malah, menurut Environmental Working Group, otak kanak-kanak menyerap dua kali lebih banyak radiasi berbanding otak orang dewasa.

Jadi, apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pendedahan radiasi telefon kepada diri kita dan keluarga? Takkan nak berhenti guna telefon pintar pula, kan?

Tidak perlu. Anda boleh mengambil enam(6) langkah ini untuk mengurangkan kadar pendedahan kepada radiasi gelombang radio yang ada pada telefon pintar anda.

1. Elakkan meletakkan telefon ke bahagian telinga ketika menjawab panggilan



Ini adalah langkah utama yang patut diambil oleh semua pengguna telefon pintar. Ia kerana gelombang radio akan berada terlalu hampir dengan otak anda jika panggilan dijawab secara terus menggunakan telefon.

Anda boleh gunakan fon telinga, fon kepala atau pembesar suara untuk menjawab panggilan dan berbual.

2. Matikan telefon pada waktu malam



Sekiranya anda ingin melelapkan mata, seeloknya anda mematikan terlebih dahulu telefon pintar anda.

Anda tidak perlu risau dengan jam penggera, kerana peranti akan terhidup dengan sendiri satu minit sebelum jam penggera berbunyi(jika peranti mempunyai kuasa bateri).

3. Tinggalkan telefon pintar anda 

Kapsyen: greater than we


Elakkan daripada sentiasa "melekat" dengan telefon pintar. Jika tidak perlukannya, tinggal sahaja telefon anda.

Ia kerana telefon pintar akan tetap memancarkan radiasi walaupun ketika anda tidak menggunakannya.

4. Jangan gunakan telefon ketika isyarat lemah



Ketika berada di kawasan berisyarat lemah, telefon pintar akan memancarkan lebih banyak gelombang radio untuk cuba berhubung dengan antena berhampiran.

Maka, daripada anda mendapat pakej dua masalah(stress dan radiasi) dalam satu masa yang sama yang berpunca daripada isyarat telefon yang lemah, lebih baik anda tidak gunakannya langsung.

5. Kurangkan penggunaan telefon ketika berada dalam kenderaan yang bergerak

Kapsyen: Videoblocks


Menggunakan telefon ketika menaiki kenderaan(kecuali memandu) memang sukar dielakkan. Namun, ia boleh dikurangkan terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak laju untuk jarak yang jauh.

Ini kerana telefon akan terus memancarkan radiasi gelombang radio secara lebih banyak apabila cuba berhubung dari satu antena ke antena yang lebih dekat ketika anda bergerak.

6. Halang kanak-kanak daripada menggunakan telefon pintar secara berlebihan



Kanak-kanak hari ini dengan telefon pintar sudah semakin sukar dipisahkan. Namun, ia penting untuk dilaksanakan kerana mereka menyerap lebih banyak radiasi daripada orang dewasa.

Yang paling penting, elakkan sama sekali membiarkan kanak-kanak menjawab panggilan telefon dengan meletakkan telefon ke telinga mereka secara terus.

Sememangnya kebanyakan daripada langkah-langkah di atas amat sukar untuk dilaksanakan oleh sebahagian daripada kita.

Akan tetapi, ia amat penting sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan diri anda dan keluarga terdedah kepada bahaya gelombang radiasi yang ada pada telefon pintar.

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu anda.

 

Sumber: Environmental Working Group, Environmental Health Trust, Enpowered Sustenance, CEP

Berkaitan