6 Barangan Yang Berbaloi Dibeli Sewaktu Promosi Jualan 9.9 Nanti

Saban tahun ada saja promosi jualan yang diadakan pada platform beli-belah dalam talian seperti Lazada. Bersempena dengan kedatangan promosi jualan 9.9 ini, kami senaraikan beberapa barangan berbaloi untuk dibeli pada tarikh tersebut.

1. Realme C2

Sebuah peranti kelas permulaan dari jenama yang semakin meningkat naik, Realme. Dibawa masuk pada pertengahan Mei yang lalu, Realme C2 ditawarkan dalam beberapa variasi pilihan memori dan salah satunya adalah RAM 2GB/16GB. Harga rasmi yang diletakkan pada model ini adalah RM429. Pada jualan 9,9 Lazada nanti, peranti ini bakal dijual pada harga RM329, penjimatan RM100 untuk bakal pembeli.



2. Redmi Note 7

Siri redmi Note memang cukup popular dalam kalangan peminat Xiaomi tempatan. Menerusi jualan 9.9 yang akan dijalankan oleh Lazada beberapa hari lagi, Redmi Note 7 bakal ditawarkan pada harga RM599 untuk variasi RAM 3GB/32GB. Harga asal bagi model ini adalah RM 679 sewaktu pertama kali diperkenalkan pada Mac lalu.



 

3. Redmi Airdots

Bagi yang mencari fon telinga tanpa wayar, Redmi Airdots mungkin antara yang menarik untuk disambar. Dari segi prestasi audio yang diberikan ia boleh dikelaskan sebagai baik, disamping harga asal yang cukup murah. Pada Isnin hadapan, Redmi Airdots bakal dijual pada harga promosi RM57 sahaja.



 

4. Aukey Universal Travel Walll Charger

Sesuai untuk anda yang gemar melancong, Aukey Universal Wall Charge menyediakan pelbagai port memudahkan anda mengecas peranti. Pada jualan promosi 9.9 nanti palam pengecas ini dijual hanya pada harga RM55 sahaja.



5. Yoobao Fast Charge Powerbank

Sedang mencari sebuah powerbank? Yoobao menawarkan pengecasan pantas bersama kapasiti 10,000mAh. Dijual hanya RM78.00 yang mana harga asalnya adalah RM159. Pembelian akan disertakan bersama tapak pengecas.



6. UGREEN 6 in 1 USB C HUB Dual Type C to USB 3.0

Anda yang menggunakan MacBook Pro pasti merasakan dua port sambungan Thunderbolt 3 yang diberikan tidak mencukupi. Produk dari U Green ini boleh membantuk dimana ia menawarkan 6 sambungan lain untuk pengguna seperti, 1x thunderbolt 3, 3x USB 3.0, slot kad SD dan slot kad MikroSD.