6 Aplikasi Android Yang Anda Perlu Jauhi Sepanjang Bulan Puasa

Ramadhan semakin menghampiri kita. Sebagai pengguna telefon pintar, adalah lebih baik jika kita menjauhkan diri kita dengan aplikasi yang akan membatalkan puasa kita. Berikut merupakan beberapa senarai aplikasi yang boleh didapati di Google PlayStore yang pada kami aplikasi terlarang sepanjang bulan ramadhan ini.

Telefon pintar itu sendiri boleh jadi memudaratkan sepanjang bulan puasa ini, tetapi kami senaraikan beberapa aplikasi yang terang-terang akan menimbulkan detik dosa dalam diri anda apabila membuka aplikasi di bawah.

Selamat beramal!

1. BIGO Live




Aplikasi ini menawarkan servis video secara langsung. Kebanyakan remaja menyalahgunakan aplikasi ini sebagai tempat untuk melempiaskan nafsu dengan video yang daring dan mampu membatalkan puasa seseorang.

2. Badoo/ Tinder




Badoo merupakan aplikasi mencari jodoh. Badoo memberikan servis dimana pengguna dapat memilih pasangan yang dirasakan mereka secocok. Secara logiknya niat untuk mencari pasangan melalui aplikasi ini sudah cukup untuk membuatkan puasa anda batal kerana terdedah dengan gambar-gambar seksi, masyallah!

Berhenti cari jodoh, tiba masa untuk cari tuhan.

3. Lucky Patcher




Melalui aplikasi ini, pengguna boleh godam pembelian dalam aplikasi. Ini bermakna anda boleh mendapatkan item berbayar dengan mudah. Ini juga bermakna anda mencuri hak miliki orang lain. Maka puasa anda akan batal.

4. AirDroid




AirDroid merupakan sejenis aplikasi untuk memudahkan sambungan antara peranti Android ke peranti lain seperti PC. Pengguna dapat melihat isi kandung peranti Android di paparan komputer. AirDroid juga mempunyai ciri 'Remote Camera' dimana pengguna boleh menggunakannya untuk merakam video melalui telefon dan boleh dilihat di PC, atau kata lain mengendap.

5. DroidSheep




Aplikasi yang memfokuskan pada godaman ini membolehkan pengguna menerima informasi akaun (username dan kata laluan) orang lain menggunakan cookies semasa berada dalam jaringan yang sama.

6. Tumblr




Ya. Tumblr adalah satu aplikasi yang mengetengahkan konsep yang sama dengan Instagram dimana pengguna dapat berkongsi gambar dan video dengan rakan-rakan dan pengikut di laman tersebut. Berbeza dengan Instagram, Tumblr tidak menapis isi kandung yang dikirimkan pengguna.

Jadi, terdapat banyak pengguna menyalahgunakan aplikasi sosial tersebut lalu menjadi tempat untuk golongan remaja dan tua tak sedar diri melepaskan nafsu. Astaga.