5G Bukan Sahaja Laju Malah Membuka Satu Dunia Baru Kepada Kita

Komunikasi tanpa wayar diukur dari segi generasi dan 5G bermaksud telekomunikasi generasi ke-5. Setiap generasi memberikan pergerakan data yang berbeza dengan generasi terbaru memberi pertukaran data yang lebih laju dari yang sebelumnya.

Ujian awal seperti yang dilakukan oleh Telstra di Australia menunjukkan yang 5G boleh memberikan kelajuan 100 kali lebih berbanding 4G. Tetapi 5G bukan sahaja bermaksud data yang dihantar lebih laju malah lebih dari itu lagi.

Dengan latensi yang rendah, 5G boleh memberi dimensi baru kepada IoT (Internet of Things) dan komunikasi antara kenderaan (V2V). Industri automotif yang sedang bergerak kearah teknologi tanpa pemandu, segala jenis input dari halangan dari jalan raya membolehkan teknologi pemanduan sendiri lebih selamat.

Bagaiman pula dengan VR atau realiti maya? Pengendali kren di tapak pembinaan boleh mengendalikan kren menggunakan alat kawalan untuk meminimakan bahaya tempat kerja dan melakukan tugas dengan sempurna. Peminat bola sepak pula boleh mengalami pengalaman di dalam stadium secara langsunng tanpa perlu keluar rumah.

Segalanya boleh terjadi untuk teknologi 5G dan kajian sedang giat dilakukan di seluruh dunia. Tetapi apa yang pasti, penghijrahan ke teknologi 5G melibatkan satu kos yang sangat tinggi.