500 Pembeli Terawal Galaxy S20 Bakal Dapat TV 50 Inci

Siri Samsung Galaxy S20 telahpun selamat dilancarkan kira-kira dua minggu yang lalu. Jualan secara pra-tempah di Malaysia telah berlangsung dengan harga antara RM3599 sehingga RM 4999, dan jualan di kedai pula bermula pada 6 Mac depan.

Bagi memeriahkan jualan pertama tersebut, Samsung Malaysia bakal mengadakan roadshow dibeberapa lokasi terpilih.

Belian pada roadshow tersebut bakal membawa pulang kad MicroSD 128GB berharga RM139 serta Wireless Charger Pad yang bernilai RM239.

Selain itu, 1000 pembeli terawal juga boleh memilih sama ada mahu mendapatkan (Promosi A) Smart TV berukuran 50 inci berharga RM2599 atau (Promosi B) rebat RM400 untuk trade-inĀ kamera lama.



Namun, hadiah tersebut dipecahkan kepada beberapa lokasi roadshow seperti berikut; Mid Valley KL (220 unit), Queensbay Mall, Penang (120 unit), Mid Valley Southkey, Johor (80 unit), East Coast Mall, Pahang (30 unit) dan Imago KK, Sabah (50 unit). Penawaran hadiah percuma ini ditawarkan sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang Samsung Malaysia.