500 Menara Komunikasi Baru Dirancang Untuk Pembinaan Diseluruh Negara

Arena telekomunikasi negara kita nampaknya memperlihatkan perkembangan yang baik dimulakan dengan pengumuman pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang dibuat hujung minggu lalu.

Dibahagikan kepada dua fasa, Fasa 1 pelan tersebut sudahpun berlangsung dan salah satu implementasi yang akan dilakukan adalah penamatan rangkaian 3G secara berperingkat pada akhir tahun 2021.

Terbaru, menerusi laporan Bernama Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan sekurang-kurangnya 500 menara komunikasi baru akan dibina diseluruh negara. Ia akan dimulakan pada suku keempat tahun ini yang melibatkan sejumlah 210 mukim yang membolehkan penyediaan liputan jalur lebar 4G.

Difahamkan ketika ini, sebanyak 280 menara baru sedang berada di peringkat pelaksanaan penyediaan jalur lebar mudah alih 4G dan dijangka selesai dan mula beroperasi secara berperingkat sekitar suku pertama tahun hadapan.

Laporan penuh di Bernama

Berkaitan