500 Juta Panggilan Telefon Di Buat Menerusi Truecaller








Walaupun Google dan Apple masing-masing
sudah memperkenalkan caller ID dan ciri perlindungan spam pada kemaskini sistem
operasi mereka, ia tidak sedikitpun menjejaskan muat turun aplikasi Truecaller
yang menawarkan servis yang sama. Aplikasi yang di bina oleh syarikat
berpengkalan di Sweden itu kian mendapat tempat di hati para pengguna telefon
pintar.





Truecaller kini bakal berganding dengan
pengeluar telefon pintar Huawei untuk mengembangkan aplikasi itu ke pasaran
global. Difahamkan panggilan suara yang dibuat menerusi servis Truecaller sudah
mencecah 500 juta panggilan sebulan. Pengumuman itu di buat 4 bulan selepas
mereka menutup perkhidmatan aplikasi Truedialer dan menambahbaik ciri dalam
aplikasi utama mereka, Truecaller.





Kerjamasama yang dijalinkan dengan Huawei
bakal menjadikan Truecaller sebuah apllikasi pasang siap pada model keluaran
syarikat pengeluar dari China itu. Strategi ini dilihat dapat meluaskan
penggunaan servis Truecaller apabila telefon pintar Huawei dipasarkan ke
Amerika, Timur Tengah, Afrika Utara dan juga pasaran Asia Tenggara pada
penghujung bulan September ini.







Dilaporkan Trucaller sudah mencapai 250
juta orang pengguna pada awal tahun ini, dan 100 juta daripadanya datang dari
India yang sering dibanjiri dengan panggilan dari telemarketer.

Berkaitan