5 Tips Mudah Tetikus Yang Perlu Anda Tahu

Kebanyakkan pengguna komputer tidak menggunakan fungsi tetikus dengan sepenuhnya.

Seperti contoh, ada pengguna yang menggunakan roda tetikus hanya untuk menatal (scrolling) halaman web tetapi sebenarnya ia mampu berfungsi lebih daripada itu. Berikut merupakan 5 tips mudah penggunaan tetikus.

1. Klik kiri + Butang Shift

Anda boleh highlight kesemua atau sebahagian teks tanpa perlu meleret sambil menekan butang kiri tetikus. Caranya adalah klik pada awal ayat, tekan butang shift dan klik pada penghujung teks yang anda mahukan.

Selain itu anda juga boleh highlight mana-mana bahagian pada teks dengan menekan butang Alt dan gerakkan tetikus. Contoh seperti gambar dibawah. ( Tidak semua platform menyokong tips ini, anda boleh cuba pada Microsoft Word)



 

2. Roda tetikus juga merupakan butang ke-3 untuk tetikus.

Kebiasaan pengguna hanya klik pada butang tetikus dikiri dan kanan sahaja tetapi sebenarnya roda tetikus juga boleh ditekan dan mempunyai fungsi yang tersendiri.

  • Tekan roda tetikus pada apa-apa pautan dan tab baru akan terbuka (tidak perlu lagi klik kanan untuk buka tab baru)

  • Zoom in zoom out laman web. Anda hanya perlu tekan butang CTRL pada papan kekunci komputer dan zoom in atau zoom out dengan roda tetikus.

  • Tekan sekali roda pada mana-mana bahagian laman web dan anda boleh keatas serta kebawah laman dengan lebih pantas.


 

3. Pilih teks dengan klik 2 kali atau klik 3 kali

Selain meleret tetikus untuk highlight teks, anda juga boleh klik dua kali untuk pilih perkataan tersebut. Klik 3 kali pula, keseluruhan teks akan dipilih.

 

4. Butang di sisi tetikus.



Anda mungkin pernah meminjam tetikus rakan dan pelik mengapa ada butang di bahagian sisi.

Butang di sisi kiri dan kanan tetikus boleh diprogramkan untuk menjalankan apa-apa fungsi tetapi secara lalai, apabila anda tekan di sisi kiri (bahagian ibu jari) ia akan ke laman yang sebelumnya. Butang sisi kanan pula akan membawa anda ke laman seterusnya.

 

5. Fungsi Snap To

Tujuan fungsi ini adalah menggerakan pointer tetikus secara automatik ke butang di dalam kotak dialog yang terpapar.

Sebagai contoh, anda tekan "X" pada dokumen Word dan kotak dialog terpapar bertanyakan "Save", "Dont Save" atau "Cancel", pointer secara automatik akan berdekatan dengan butang-butang ini.



Untuk mengaktifkan fungsi ini pergi ke Control Panel > All Control Panel Items > Mouse > Pointer Options > Snap To