5 Tips Mudah Lajukan Komputer

Pasti anda tertanya-tanya mengapa komputer yang anda gunakan selama ini semakin lama semakin perlahan.

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada permasalahan itu dan kadang-kala ia hanya memerlukan satu kali restart sahaja, dan selepas itu ia kembali seperti sedia kala.

Ok mungkin restart pun tidak membantu, mungkin anda boleh cuba 5 tips mudah ini dan diharapkan laptop dan komputer anda boleh memproses lebih laju seperti sediakala.

1. Cari program yang "terlampau aktif"



Caranya adalah dengan memantau melalui Task Manager. Klik kanan pada Taskbar dan pilih "Task Manager" atau tekan Ctrl+Shift+Esc untuk membukanya.

Jika salah satu kolum  berwarna merah, ia bermaksud ada perisian atau program yang beroperasi secara berlebihan. Tekan pada..

  • CPU atau

  • Memory atau

  • Disk


...dan perisian akan disusun.

Cuba tutup perisian secara normal, dan apabila tidak berjaya, anda boleh klik kanan dan tekan End Task.

 

2. Tutup program yang berada dalam System Tray



Kebanyakkan program yang berada dalam System Tray atau ruang notifikasi ini adalah program yang dilancarkan pada startup.

Sebab itu kadang-kala komputer yang baru dihidupkan agak lambat sedikit kerana terlalu banyak perisian yang hendak dilancarkan. Selain itu perisian itu akan kekal beroperasi pada latarbelakang dan mungkin menggunakan RAM atau Disk secara berlebihan.

Kenal pasti dan tutup perisian yang tidak penting.

 

3. Lumpuhkan program permulaan.



Tak faham? ok disable startup program. Langkah ini dapat menjimatkan penggunaan CPU dan memori pada awal anda menghidupkan komputer. Dalam bahasa mudah proses log masuk lebih cepat.

Pada Windows 8 dan keatas, fungsi startup boleh diakses melalui Task Manager dengan menekan tab Startup. Seperti biasa pilih aplikasi yang tidak penting dan lumpuhkan ia. Perhatian jangan disable Antivirus ya, melainkan anda advanced user.

 

4. Kurangkan animasi

Kesan visual sememangnya sangat menarik  dan sedikit sebanyak membantu anda dalam menggunakan komputer. Pada Windows 10, Microsoft banyak menambah kesan animasi ini supaya sistem operasi itu lebih mesra pengguna.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang menggunakan komputer lama, kesan visual dan animasi ini boleh memperlahankan komputer anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk mematikan kesan visual.

  • Control Panel>System and Security>System

  • Dibahagian kiri ada pilihan Advance System Settings, klik

  • Tetingkap System Properties akan muncul, pergi ke bahagian Performance dan tekan Settings

  • Akan terpapar tetingkap Performance Options dengan pilihan;

    • Adjust for best performance (prestasi maksimum, tapi takut korang tak biasa pula)

    • Custom (Boleh ikut senarai dibawah untuk matikan beberapa kesan visual)

      • Animate windows when minimizing and maximizing

      • Animations in the taskbar and Start Menu

      • Enable transparent glass

      • Fade or slide menus into view

      • Fade or slide ToolTips into view

      • Fade out menu items after clicking

      • Show shadows under windows

      • Slide open combo boxes








Anda bebas memilih mana-mana kesan visual bersesuaian dengan penggunaan anda.

 

5. Bersihkan cakera keras

Pergi ke bahagian Start dan taip Disk Cleanup, ia merupakan salah satu perisian utiliti dari Microsoft. Pilih cakera keras mana yang hendak dibersihkan, contoh: C.



Disk Cleanup berfungsi mencari "sampah" dan fail-fail tidak berguna seperti...

  • Fail yang bersifat sementara

  • halaman web luar talian

  • fail pemasang di dalam PC (installer)


Nanti akan muncul tetingkap dengan pilihan fail yang boleh dipadam. Pilih dan padam.

Ok itu sahaja buat masa ini. Kalau ada penambahan lain boleh kongsikan di ruang komen.