5 Tetikus Unik Dijumpai Di Laman e-Dagang

Kami meluangkan masa untuk melihat apakah yang dapat dicari di laman e-perdagangan seperti Taobao. Berikut merupakan senarai tetikus dengan rekaan pelik yang kami telah jumpai:

 

  • Japan Sanwa Wireless / Wired Vertical Mouse 2.4G Laser




Memasuki senarai pertama adalah tetikus yang berjenama Sanwa ini. Rekaan sebegini banyak dijumpai di Taobao dan rekaan ini mengingatkan tentang satu lagi tetikus yang memang dikenali oleh golongan profesional iaitu Logitech MX Master.



Tetikus Sanwa ini memperlihatkan pegangan tetikus yang sedikit berbeza berbanding tetikus-tetikus lain. Rekaan seperti ini bagaimanapun sudah wujud sebelum ini yang menekankan tentang kebaikan kedudukan tangan ketika menggunakan tetikus ini.



Pautan

 


  • 3Dconnexion Space Mouse Compact Wired Mouse Trackball 3D Mouse






Untuk senarai kedua pula, 3Dconnexion Space Mouse pula menampilkan rekaan seperti UFO. Melihatkan rekaan seperti ini, sudah pastilah perisian memerlukan tetikus ini adalah bukan perisian biasa seperti Microsoft Word atau melayari internet.



Aplikasi rekaan seperti AutoCAD, SolidWorks dan lain-lain memerlukan tetikus yang khusus bagi melancarkan proses rekaan sesuatu projek.

Pautan

  • Secco 7s Multi-Function Wireless Mouse


https://cloud.video.taobao.com/play/u/2121738145/p/1/e/6/t/1/37474260.mp4

Tetikus ke-3 ini pula menggabungkan tetikus dengan apa yang kami boleh simpulkan sebagai ruang touchpad. Ruang touchpad  ini digunakan bersama-sama pen stylus dan tulisan akan dipaparkan ke skrin utama.

Pautan

  • Microsoft Sculpt Ergonomic Wireless Mouse




Tetikus dari Microsoft ini kelihatan comel tetapi jangan tertipu dengan saiznya kerana dimensi panjang menghampiri 100mm dan keleberan sebanyak 56.7mm, banyak pengguna mengadu yang mereka tidak selesa menggunakan tetikus dari Microsoft ini terutama kepada mereka yang mempunyai tangan yang kecil.



Mungkin kepada mereka yang menggunakan pegangan tetikus cara palm-grip, ini merupakan tetikus yang sesuai bagi mereka. 2 butang tambahan di tepi tetikus juga dikatakan tidak boleh berfungsi untuk komputer dengan sistem operasi MacOS.

Pautan

  • Microsoft Arc Touch Mouse




Mengakhiri senarai ini adalah satu lagi tetikus dari Microsoft. Rekaan tetikus  boleh diletakkan di kedudukan berlengkok dan juga rata mengikut cita rasa pengguna. Di bahagian 'scroll wheel', Microsoft menyertakan teknologi maklum balas haptic yang mengesan jari pengguna yang ingin menatal dokumen atau laman sesawang.

Pautan

Berkaitan