5 Tetikus Berkualiti Dengan Harga Mampu Milik

Penggunaan tetikus tanpa wayar sememangnya sangat terkenal dan meluas mutakhir ini, namun oleh kerana harganya agak mahal bagi sesetengah jenama, maka ianya menjadi kekangan kepada pengguna komputer diluar sana untuk memilikinya.

Berikut kami kongsikan 5 tetikus tanpa wayar berkualiti dengan harga dibawah Rm50.

1. Targus W571 Wireless Mouse



Targus W571 Wireless Mouse menggunakan sensor 1600 DPI untuk menghasilkan kepekaan yang tinggi apabila berlaku pergerakan. Ini dapat meningkatkan sensitivitinya terhadap pergerakan kecil. Tambahan lagi, ianya menggunakan teknologi 2.4GHz wireless menjadikan penghantaran input dari tetikus ke komputer lebih menjadi lebih pantas pantas.

Boleh didapati dengan harga RM39

 

2. Logitech M220



Terkenal dengan jolokon "Silent Mouse"

Sesuai bagi mereka yang melakukan tugasan di rumah atau pelajar yang suka melakukan assignment pada waktu malam. Peranti ini mampu menghilangkan sehingga 90% bunyi “klik” apabila ianya ditekan. Hal ini dapat mengelakkan daripada mengganggu ketenteraman orang sekeliling atau yang sedang tidur.

Kelebihannya yang lain ialah menggunakan Advance Tracking Optical Sensor yang sesuai digunakan pada semua jenis permukaan dan mampu mengesan pergerakan walaupun permukaan yang tidak rata.

Boleh didapati dengan harga RM43.90

 

3. Logitech B170



Reka bentuk Logitech B170 boleh mengelak daripada tangan pengguna cepat lenguh apabila sedang menggunakannya kerana lebih tinggi di bahagian belakang dan rendah dibahagian hadapan. Mouse wireless ini juga dikenali sebagai mouse plug-and-play di mana pengguna hanya perlu mencucuk perumah pada port USB dan terus boleh digunakan.

Mempunyai sensetiviti sehingga 1000 DPI dengan teknologi advanced optical mouse sensor sesuai juga untuk penggunaan di atas pelbagai jenis permukaan. Pengguna Mac juga boleh menggunakan mouse ini kerana ia mampu menyokong Operasi Sistem Macintosh selain daripada Windows.

Boleh didapati dengan harga RM29.90

 

4. Alcatroz X-Craft 5000



Tetikus Untuk Gaming

Walaupun dengan harga yang paling murah berbanding dengan mouse wireless gaming lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk mengubah cara permainan video. Ia menggunakan 3200 CPI Gaming Optical Sensor menjadikannya sangat peka sekiranya berlaku pergerakan bersesuaian untuk permainan FPS.

Terdapat 6 kekunci yang boleh diprogramkan pada peranti ini menjadikan permainan MOBA lebih mudah dan menarik. Juga terdapat lampu belakang yang akan berubah secara seiring apabila pergerakan berlaku. Manakala sisinya terdapat getah alas untuk memberikan keselesaan kepada pengguna jika menggunakannya untuk jangka masa yang lama.

Boleh didapati dengan harga RM45

 

5. Vztec VZ3115



Tetikus Bluetooth terbaik

Vztec VZ3115 menggunakan teknologi sambungan tanpa wayar Bluetooth 3.0 menjadikannya lebih cepat dan cekap dalam penghantaran maklumat input kepada komputer. Pengguna hanya perlu mengaktifkan sambungan bluetooth pada komputer kemudian tekan butang scroll dan klik kanan sehingga lampu bewarna biru berkelip pada peranti untuk sambungan.

Peranti ini mampu mengubah DPInya daripada 1000 DPI ke 1200 DPI ke 1600 DPI. Had radius  sambungan Bluetooth sehingga 10 meter.

Boleh didapati dengan harga RM45

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan