5 Telefon Pintar Paling Popular Di Dunia Untuk Suku Ketiga 2017

Walaupun sudah diperkenalkan sejak September 2016, iPhone 7 kini diangkat sebagai telefon pintar paling popular bagi suku ketiga tahun ini berdasarkan kajian yang dibuat oleh Canalys.

Sehingga kini, iPhone 7 telah mencatatkan pengeluaran sebanyak 13 juta unit diikuti dengan model sebelumnya, iPhone 6S dimana penjualan pada tiga bulan terakhir ini mencapati angka 7.9 juta unit. Populariti peranti ini mungkin meningkat disebabkan potongan harga lebih rendah kerana penawaran beberapa model baru seperti iPhone 8 dan juga iPh0ne  X.

Selanjutnya di tangga ketiga hingga kelima adalah Samsung Galaxy J2 Prime, Oppo A57 dan Oppo R11. Menurut Canalys, model terbaru Apple, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus masing-masing mencatatkan penjualan sebanyak 5.4 juta unit dan 6.3 juta unit dan ini menampakkan pembeli lebih memilih peranti yang lebih besar.



Selain daripada itu, laporan Canalys turut menyenaraikan 5 pengeluar telefon pintar utama dunia bagi suku ketiga tahun 2017. Selesa ditangga teratas adalah Samsung yang berjaya mengeluarkan 82.8 juta unit dengan pegangan pasaran sehingga 22%.

Mengokori di posisi kedua adalah Apple dengan 46.7 juta unit dan pegangan pasaran 12.4%. Huawei (39.1 juta unit),OPPO (30 juta unit) dan Xiaomi (28 juta unit) masing-masing menghuni tangga ketiga, keempat dan kelima.

Sumber: Canalys