Setiap pengguna berhak memilih telefon pintar yang mereka inginkan mengikut kepada ciri-ciri tertentu.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan tidak kesemua individu mampu membeli telefon pintar andalan yang mempunyai pelbagai keistimewaan.
Dengan kebolehan teknologi yang sedia ada, kewujudan telefon pintar kelas pertengahan ditawarkan bagi mereka yang berminat.
Teruskan membaca untuk mengetahui telefon pintar kelas pertengahan 2024 terbaik bawah RM2000.
{snap}
1. Redmi Note 13 Pro+ 5G
Telefon pintar Redmi Note 13 Pro+ 5G ini menggunakan cip Mediatek Dimensity 7200 Ultra dengan 8-12GB RAM. Storannya pula adalah 256GB dan 512GB UFS 3.1.
Paparannya adalah 6.67 inci AMOLED 120Hz dengan HDR10+. Dibekalkan juga bateri 5000mAh serta pengecasan 120W.
Dari segi kamera, ia mempunyai 200MP OIS, 8MP ultra lebar dan 2MP makro serta 16MP swafoto.
{snap}
2. realme 12 Pro+ 5G
realme 12 Pro+ 5G hadir dengan cip Snapdragon 7s Gen 2 dengan memori 8/12GB RAM dan 256/512GB storan dalaman.
Ia turut dilengkapi skrin melengkung 6.7 inci FHD+ AMOLED 120Hz, bateri 5000mAh dan pengecasan 67W.
Beralih kepada kamera, ia mempunyai 64MP lensa telefoto periskop, 50MP utama OIS, 8MP ultra lebar dan 32MP swafoto.
Lain-lain adalah Wi-Fi 6, dwi-SIM dan bluetooth 5.2.
{snap}
3. vivo V30 5G
vivo V30 masih baru lagi masuk pasaran tempatan. Ia menggunakan Snapdragon 7 Gen 3 dengan memori 12GB RAM dan storan UFS 2.2 256/512GB.
Skrin jenis AMOLED bersaiz 6.78 inci dan kadar segar semula 60-120Hz, bateri 5000mAh dengan pengecasan 80W.
Kameranya tidak didatangkan ZEISS tapi ia hadir dengan 50MP VSC utama, 50MP ultra lebar dan 50MP swafoto.
Ciri lain termasuk Aura Light 3.0, Bluetooth 5.4, Wi-Fi 5 dan IP54.
{snap}
4. Nothing Phone 2(a) 5G
Nothing kini hadir dengan peranti kelas pertengahan pertamanya, Nothing Phone (2a). Ia hadir dengan cip MediaTek Dimensity 7200 Pro, 8/12GB RAM dan storan 128/256GB.
Skrinnya jenis AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 30-120Hz, kecerahan sehingga 1300 nits dan pelindungan Corning Gorilla Glass 5.
Dibekalkan bateri 5000mAh dengan pengecasan berwayar 45W.
Dari segi kamera, terdapat 50MP utama dan 50MP ultra lebar serta 32MP swafoto.
Lain-lain adalah Wi-Fi 6, dwi SIM dan menjalankan Nothing OS 2.5 berasaskan Android 14.
{snap}
5. Samsung Galaxy A55 5G
Samsung Galaxy A55 tampil dengan cip Exynos 1480, memori 12GB RAM dan 256GB storan serta sokongan sehingga 1TB storan mikroSD.
Dilengkapi skrin Super AMOLED 6.6 inci FHD+, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 1000 nits.
Tiga kamera belakang merangkumi 50MP utama OIS, 12MP ultra lebar dan 5MP makro serta 32MP swafoto.
Akhir sekali, bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan 25W.