5 Syarikat Telco Disiasat Terhadap Kes Curi Kredit Prabayar Pengguna Melalui SMS

Mesti anda pernah menerima kandungan mesej langganan melalui SMS dan dikenakan caj sebanyak 50 sen hingga RM5 bagi setiap mesej yang diterima.

Sebenarnya ini merupakan satu jenayah yang dirancang dan dianggarkan hampir 100 syarikat penyedia kandungan dikesan melakukan jenayah "menyedut" kredit prabayar milik pengguna serta mengakibatkan mangsa kerugian hampir RM100 juta sejak 10 tahun lalu.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) melalui Harian Metro, ramai pakar teknikal dan orang dalam syarikat telco disyaki bersubahat dengan menjual data peribadi milik pelanggan berdaftar talian prabayar.

Kapsyen: Sumber: Harian Metro


Syarikat penyedia kandungan ini juga dikesan membayar rasuah kepada orang dalam tertentu dalam syarikat telco sebanyak RM100,000 hingga RM200,000 seorang.

Tambahnya lagi, bahagian teknikal dan aduan telco akan jadi tumpuan syarikat ini disebabkan mereka mempunyai akses terhadap data dan maklumat sulit pengguna.

Setiap mesej yang dihantar kepada pengguna, ia mempunyai caj tersembunyi seperti kredit prabayar ditolak sehingga RM5 bagi setiap nada dering, wallpaper dan permainan interaktif melalui SMS.

Sehubungan dengan itu, lima syarikat telco sudah disiasat dan SPRM akan melakukan siasatan menyeluruh terhadap syarikat komunikasi yang terlibat dengan jenayah ini.

Sumber: Harian Metro