5 Sebab Utama Mengapa Anda Patut Miliki OPPO Watch Terbaharu Ini

OPPO Watch telah dilancarkan baru-baru ini sebagai jam pintar OPPO yang pertama. Ia hadir dengan spesifikasi dan penawaran yang menarik serta rekaan yang kemas dan premium.

Untuk itu, jika anda berkira-kira untuk mendapatkan OPPO Watch, kami berikan 5 sebab mengapa anda patut memiliki jam pintar OPPO Watch ini.

1. Perisian Pintar Memudahkan Tugasan Seharian


Wear OS merupakan sistem perisian khusus untuk peranti boleh pakai seperti jam pintar dari Google.

Dengan Wear OS, pengguna mendapat akses pelbagai aplikasi yang boleh dipasang dari Google Play Store.



Pengguna juga boleh menerima dan membalas mesej yang diterima dari rakan-rakan atau keluarga, menstrim muzik secara dalam talian dan pelbagai lagi.

Selain itu, aplikasi sosial popular seperti WhatsApp, Messenger, Telegram dan lain-lain turut tersedia dalam Wear OS yang membuatkan pengguna terus kekal berhubung dengan kenalan yang penting.

OPPO Watch juga turut dilengkapi dengan mikrofon terbina yang membolehkan pengguna untuk menyeru Google Assistant sebagai pembantu maya.



Rekaan sistem perisian dalam juga telah direka secara khusus dengan mengambil inspirasi dari ColorOS telefon OPPO untuk mewujudkan keseragaman pengalaman yang sekata dari telefon ke jam pintar.

Menariknya, terdapat juga fungsi Always-On Display (AOD) yang memudahkan anda melihat notifikasi tanpa perlu menyentuh jam. Anda juga boleh mengubah-ubah paparan AOD mengikut kesukaan anda.

2. Rekaan Dan Binaan Premium Lagi Cun


Kedua-dua varian 41mm dan 46mm OPPO Watch hadir dengan rekaan paparan berbeza. Pada versi 41mm, ia menawarkan rekaan sedikit kecil dengan paparan rata manakala 46mm pula melengkung pada bahagian tepi dinamakan 3D Flexible Dual-Curved Display.



Jika diikutkan, OPPO Watch 46mm ini merupakan jam pintar pertama dengan paparan melengkung pada bahagian sisi.

Untuk spesifikasi panel pula, model 46mm hadir dengan skrin bersaiz besar AMOLED 1.91 inci. Ia menawarkan ppi sebanyak 326 pixel dengan resolusi sebanyak 402 x 476.

Dari segi kecerahan pula, ia mempunyai kecerahan panel sehingga 1000 nit yang sudah tentu berguna ketika melihatnya di bawah cahaya matahari.



OPPO Watch turut dibina dengan bahan binaan premium dari kerangka aloi aluminium yang tahan hakisan. Selain itu, jam juga mempunyai penarafan kalis air 5 ATM yang boleh dibawa ketika berpeluh malah juga berenang.

3. Cergas Pun Ya, Stailo Pun Ya


Jam adalah lebih dari sekadar alat untuk melihat masa, malah tidak salah untuk memanggilnya sebagai aksesori untuk fesyen juga.

Dengan OPPO Watch, anda boleh memadankan jam muka dengan pakaian OOTD sendiri menggunakan Style-Matching AI Watch Face.



Untuk menggunakan ciri ini, pengguna boleh menggunakan dan mengubahsuainya melaui aplikasi HeyTap Health.

Tambahan lagi, pengguna juga boleh menggunakan mana-mana gambar dan menjadikannya sebagai jam muka.

4. Prestasi Tinggi, Dari Penggunaan Seharian Sehinggalah Bateri


OPPO Watch dikuasakan oleh dua cip iaitu Snapdragon Wear 3100 dari Qualcomm dan juga Ambiq Micro Apollo3 Wireless.



OPPO menggunakan dua jenis cip kerana terdapat 2 mod dalam dalam jam yang dijana oleh cip yang berbeza.

Untuk Smart mode, ia menggunakan Snapdragon Wear 3100 untuk menjalankan Wear OS dengan pengalaman Google yang lebih imersif sehingga 36 jam bateri.

Namun, jika menggunakan Power Saver mode, jam akan beralih kuasa kepada Ambiq Micro Apollo3 Wireless. Ia menawarkan fungsi asas seperti mempamerkan jam/notifikasi, menjejak langkah dan kadar degupan jantung serta membalas notifikasi dengan ketahanan bateri lebih lama sehingga 21 hari.

Pengecasan penuh pula mengambil masa 75 minit menggunakan Watch VOOC.  Dengan hanya mengecas selama 15 minit pula, OPPO Watch mampu bertahan dan berfungsi sehingga satu hari.

Secara lalai, OPPO Watch akan memaklumkan kepada pengguna untuk menggunakan Power Saver Mod pada bateri 20%. Jika pengguna menolak untuk menggunakannya, ia akan memaklumkan kembali pada bateri 10%.

5. Jam Pintar, Sistem Penjejakan Pun Pintar Juga


Selain dari memilih jam pintar disebabkan kemampuan berinteraksi dengan notifikasi, kebanyakan pengguna juga memilih jam ini disebabkan pengalaman serta aplikasi kecergasan yang lebih menarik.

Melalui aplikasi kecergasan Google Fit yang ditawarkan dalam Wear OS, ia menawarkan sehingga 90 mod senaman tersendiri seperti aerobik, berbasikal, badminton, menari, jogging, dan lain-lain.



Malah OPPO turut menyertakan 5 mod senaman mereka iaitu larian kecergasan, larian bakar lemak, berjalan, berbasikal, dan juga berenang.

Untuk menjejak dan memantau dengan lebih tepat, OPPO Watch telah dilengkapi dengan 5 sensor kecergasan, GPS, dan sistem navigasi GLONASS untuk menjejak laluan, memantau kadar degupan jantung, dan juga mengira kadar senaman seharian.

OPPO Watch juga mempunyai fungsi pemantauan tidur yang memantau corak tidur serta akan mengeluarkan laporan terperinci tidur anda agar waktu rehat anda lebih sihat.

Selain itu, ia juga akan menghantar notifikasi supaya pengguna bergerak jika duduk atau baring terlalu lama, pelega tekanan, serta panduan untuk pernafasan lebih teratur.

Tunggu Apa Lagi?


OPPO Watch boleh didapati dalam 2 varian iaitu 46mm dan 41mm. Untuk 46mm ia dijual pada harga RM1,299 manakala 41mm pula pada RM899.



Untuk anda yang berminat dengan OPPO Watch ini, boleh mendapatkannya di laman rasmi OPPO Malaysia, Shopee, Lazada, dan pengedar produk OPPO yang sah di seluruh negara.

*Advertorial dibawakan oleh OPPO Malaysia