Skrin 6.44 Inci Super AMOLED Ultra O
Kepada golongan yang fetish (obses) dengan skrin, ini mungkin peranti mampu milik yang anda boleh dapat di pasaran ketika ini.
Skrin yang digunapakai adalah berkualiti flagship dengan penghasilan warna yang sangat baik dengan kecerahan yang tinggi. Tidak kira sama ada anda menggunakan di dalam gelap mahupun di bawah matahari yang terik. Paparan skrin yang jelas di pelbagai sudut pandangan.
Selfie Yang Cerah Di Waktu Malam
vivo V19 mengetengahkan keupayaan kamera selfie yang cukup baik, antara aspek yang mungkin banyak pengeluar lain tidak mengambil berat adalah keupayaan kamera hadapan.
Kalau anda dapat lihat dalam gambar, wajah akan kekal cerah walaupun latar belakang gelap gempita.
Malah kita juga dapat lihat keperluan kamera selfie semakin meningkat dengan populariti platform media sosial seperti Instagram, TikTok dan sebagainya.
Kamera selfie 32MP bersama mod malam memastikan wajah anda kekal cerah walaupun dalam keadaan gelap.
Kamera Hadapan Ultra Lebar, Selfie Beramai-ramai
Antara kelebihan vivo V19 sebagai peranti kelas pertengahan premium adalah ia mempunyai tambahan kamera selfie ultra lebar.
Melalui kamera selfie ke dua ultralebar ini, pengguna boleh memuatkan selfie secara berkumpulan tanpa perlu memasang selfie stick.
Rakaman video melalui kamera hadapan juga adalah memuaskan pada 1080p 30fps, memudahkan pengguna untuk vlogging, strim, IG Stories, TikTok dan sebagainya.
Kamera Utama 48MP, Gambar Malam Yang Cerah
Pengukur sesebuah kamera seringkali dikaitkan dengan keupayaan mengambil gambar pada waktu malam.
vivo V19 melalui ciri Night Mode, menghasilkan gambar yang sangat cerah dan terang. Warna dan perincian gambar diselia dengan baik.
Pengecasan Berdesup Laju, Cas 50% Dalam Masa 30 Minit
vivo adalah antara pengeluar yang giat membangunkan teknologi pengecasan pantas, yang dipanggil vivo FlashCharge.
Melalui vivo FlashCharge 2.0 33W, Vivo V19 mampu mengisi penuh bateri sebesar 4,500mAh dalam hanya 1 jam 10 minit.
Dengan ketahanan bateri yang mampu mencecah 2 hari untuk penggunaan harian biasa, anda mungkin tidak perlu lagi berhadapan dengan soket di rumah untuk pengecasan.
Terdapat 2 pilihan warna yang dijual iaitu Sleek Silver dan Gleam Black. Setiap pembelian akan mendapat kotak percuma vivo, waranti tambahan selama 1 tahun dan waranti skrin pecah selama 1 tahun.
Dilengkapi dengan sebesar RAM 8GB dan penyimpanan sebesar 128GB, ia dijual pada harga RM1,699. Boleh dapatkan vivo V19 di semua pengedar sah atau layari laman sesawang rasmi vivo untuk maklumat lanjut.
Artikel ini dibawakan oleh vivo Malaysia
Berkaitan
- Oppo Reno- Peranti Dengan Kamera Sirip Jerung, Bakal Tiba Ke Tanah Air
- Kemungkinan Besar Ini Adalah Senarai Harga iPhone Xs, Xs Max dan XR Bagi Pasaran Malaysia
- Vivo Mempersembahkan Teknologi Pengecasan 120W, Cas Penuh Dalam Masa 13 Minit
- (ULASAN) HONOR View20, Kamera Utama 48MP AI Ultra Clarity Yang Memang Dasyat
- Samsung Gear S3 Sudah Tiba Di Pasaran Malaysia Dengan Harga RM 1399
- Pelancaran Siri Huawei Mate 30 di Malaysia 3 Oktober Ini
- Huawei Nova 3e, Peranti Dengan Kamera Swafoto Premium Pada Harga Mampu Milik
- SalamWeb - Pelayar Internet Patuh Syariah Pertama Di Dunia Diperkenalkan Di Malaysia
- Huawei Mate 20 Pro Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Kamera Ultra-Wide & Pengecasan Terpantas
- Pertarungan Kamera 48MP, Antara HONOR 20, Xiaomi Mi 9 Dan Vivo V15 Pro