5 Sebab Mengapa Iphone 6 Tidak Sesuai Dibeli Pada 2019

Reading Time: 3 minutes

Nama Iphone sememangnya tidak asing lagi pada masyarakat dan di dalam industri telefon pintar. Ada di kalangan masyarakat yang melihat Iphone sebagai sebuah peranti yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri dari segi teknologi yang ditawarkan dan ada yang melihat Iphone sebagai lambing kemewahan kerana harganya yang mungkin agak mewah. Namun, adakah semua model Iphone memberi penawaran teknologi yang sama?

Kali ini, kami akan memfokuskan mengenai 5 sebab mengapa Iphone 6/6Plus  tidak sesuai dibeli pada tahun 2019.

  1. Kamera

Kita boleh lihat sejak tahun 2016, sudah banyak syarikat pengeluar telefon pintar yang mengeluarkan peranti yang memiliki dua kamera dengan pengenalan kepada kamera telephoto untuk menghasilkan imej bokeh dan pada tahun 2019, kebanyakkan  telefon pintar yang berada dalam pasaran dilengkapi dengan tiga serta empat kamera. Jika anda membeli Iphone 6, anda mampu menikmati rakaman bokeh yang menjadi kegemaran sebahagian besar pengguna peranti. Iphone 6 tidak menawarkan rakaman video 4k sebaliknya hanya mempunyai rakaman video [email protected] Iphone 6 juga hanya mempunyai satu kamera bersaiz 8MP, f/2.2 seperti Iphone 5s dan kualiti gambar yang dihasilkan agak jauh berbeza dengan Iphone 6s yang menggunakan kamera 12MP.

 

  1. Banyak Peranti baru yang lebih canggih

Iphone 6/6plus merupakan peranti keluaran 5 tahun lepas iaitu pada 2014. Anda boleh membeli telefon pintar keluaran 2018 dan juga 2019 pada tanda harga yang sama dengan Iphone 6/6Plus seperti Honor 8X, Huawei Nova 3i, Redmi Note 7, Samsung Galaxy M20, Samsung Galaxy A30 dan juga Samsung Galaxy A50 dan banyak lagi peranti yang mempunyai lebih dari satu kamera, dan pelbagai teknologi terbaru yang lebih canggih lagi. Tambahan pula dengan trend masakini yang menghidangkan skrin paparan lebih luas berserta bezel nipis diatas dan bawah panel hadapan, tidak seperti bezel iPhone 6.

 

  1. Isu Mudah Bengkok

Isu ini mungkin sudah lama dibincangkan, terutamanya Iphone 6Plus di mana ramai pengguna di seluruh dunia mengalami masalah peranti ini yang mudah bengkok. Apple telah mengatasi isu ini dengan menggantikan binaan belakang pada model Iphone 6s/6s Plus. Apa yang lebih membimbangkan ialah jika anda membeli peranti ini yang telah tamat waranti dan jika Iphone 6/6Plus anda membengkok, anda perlu mengeluarkan duit anda sendiri untuk membaikinya.

 

  1. Aksesori Dalaman Ditukar(Tidak tulen)

Isu ini boleh dianggap penting kerana anda mungkin akan membeli Iphone 6/6 Plus yang telah digunakan dan pernah dibaiki serta digantikan dengan akseseori tiruan. Tambahan pula terdapat syarikat pihak ketiga yang membaik semula Iphone rosak dengan menggantikan akseseori tiruan dan memasarkannya sebagai telefon baharu.

Sebagai contoh, terdapat Iphone 6 baharu yang tidak mendapat waranti dari Apple dan mempunyai warna merah dan rose gold. Sedangkan warna Rose Gold bermula dari Iphone 6s dan warna merah bagi Product Red bermula pada Iphone 7. Apple juga menyatakan bahawa Iphone refurbished mendapat waranti dari Apple selama 1 tahun sedangkan Iphone Refurbished dari pihak ketiga tidak mendapat waranti dari Apple dan hanya waranti kedai.

 

  1. Tidak menyokong Ios 13.

Yang terakhir dan juga perkara yang paling penting sekali ialah Iphone 6/6 Plus tidak menyokong Ios 13. Hal ini telah dinyatakan oleh Apple bahawa Iphone 6s ke atas sahaja yang menyokong ios 13 dan pembeli Iphone 6/6 plus tidak akan dapat merasai teknologi yang ada pada ios 13 dan juga mungkin tidak akan menyokong aplikasi-aplikasi yang lain di dalam App Store yang akan dikemaskini untuk disesuaikan dengan ios 13.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *