Ia hadir dengan kamera hadapan “punch hole” dan mempunyai bezel yang lebih nipis berbanding model sebelumnya iaitu Samsung Galaxy Note 9. Turut mengiringi penawaran adalah ciri AR Doodle, paparan yang lebih besar 6.8 inci Dynamic Amoled, penambahan lensa pada kamera utama.
Namun begitu, setelah iPhone 11 Pro/Pro Max dilancarkan pada September lalu, ia dilihat sebagai pesaing utama kepada Samsung Galaxy Note 10+.
Oleh itu, kami telah menyenaraikan 5 sebab mengapa anda perlu memilih Samsung Galaxy Note 10+ berbanding iPhone 11 Pro Max.
1. Paparan 1440p Dynamic AMOLED
Melalui ujian paparan daripada DisplayMate, iPhone Pro Max diletakkan pada kedudukan lebih baik dari Note 10+. Tetapi antara kelebihan yang terdapat pada peranti flagship Samsung ini, ia boleh memainkan video beresolusi 1440p berbanding iPhone dengan resolusi 1080p sahaja.
2.Rekaan Yang Lebih Moden
Samsung Galaxy Note 10+ memperagakan rekaan skrin melengkung dan mempunyai skrin yang lebih besar berbanding model sebelumnya iaitu Note 9. Ia juga hadir dengan kamera hadapan “punch hole display” berbanding rekaan takuk pada 11 Pro Max yang telah digunakan selama 3 tahun.
3. Pengecasan Pantas 45W
Samsung Galaxy Note 10+ mempunyai fungsi pengecasan pantas sehingga 45W. Ia dilihat jauh meninggalkan iPhone 11 Pro Max yang hanya mempunyai pengecasan 18W sahaja. Namun, hanya pengecas 25W dibekalkan di dalam kotak manakala pengecas 45W perlu dibeli secara berasingan.
4. Kecanggihan S-Pen
S-Pen sememangnya tidak asing lagi buat siri Note dari Samsung. Melalui penawaran yang Note 10+, ia disertakan bersama inovasi terbaru ciri Air Gesture dan juga AR Doodle.
5. Harga
Samsung Note 10+ dilihat mempunyai kelebihan dari segi harga. Dijual pada tanda harga RM 4,199 bagi storan 256GB dan RM 4,799 bagi storan 512GB, ia dilihat jauh lebih murah berbanding iPhone 11 Pro Max yang dijual pada harga RM 5,999 bagi storan 256GB dan RM 6,899 bagi storan 512GB.
Namun ini hanyalah pandangan peribadi kami sahaja. Pemilihan bergantung kepada gaya penggunaan, bajet dan lain-lain mengikut kehendak anda.
Berkaitan
- Huawei Semakin Menghampiri Samsung Dalam Ranking Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dunia
- Samsung Galaxy Note 10 Bakal Hadir Dengan Kamera 3D?
- Samsung Menafikan Laporan Telah Menjual 1 Juta Unit Galaxy Fold
- Selepas 11 Tahun, MKBHD Raih 10 Juta “Followers” Di Youtube
- Anda Pemilik Mi 9T? Mi Malaysia Beri Peluang Anda Menang Hadiah
- Persoalan Sudah Terjawab, Vivo V17 Pro Dengan 6 Kamera Dilancarkan Di Malaysia 1 Oktober Ini
- HONOR 20 Bakal Dipasarkan Di Malaysia Mulai 21 Jun 2019
- Samsung Akan Menguji Periskop Kamera Bagi Galaxy S11
- Beberapa Imej Samsung Galaxy Note 10 Lite Sudah Mula Tertiris
- Bagaimana Paparan Iphone 11 Pro max Berjaya Menewaskan Paparan Samsung Galaxy Note 10+: Max Tech