5 Sebab Kenapa OPPO Reno5 5G Patut Jadi Telefon Pintar Anda Seterusnya

Siri OPPO Reno5 5G yang dilancarkan baru-baru ini di Malaysia sekali lagi membawakan siri telefon pintar fokus fotografi dan videografi dengan rekaan premium untuk pengguna tempatan.



Namun, sebelum anda berminat untuk membuat pra-tempahan untuk memiliki telefon ini, mari kita lihat apakah ciri dan fungsi menarik yang terdapat pada Reno5 5G terbaharu ini.

https://www.youtube.com/watch?v=wv7LfqZ_fQk&feature=emb_title

Pengenalan Sistem Kamera OPPO Reno5 5G


Sebelum bergerak lebih lanjut kepada penawaran fungsi kamera, terlebih dahulu kita mengenali sistem perkakas kamera OPPO Reno5 5G ini.



Ia dibarisi oleh 64MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP mono manakala bahagian swafoto mempunyai kamera 32MP. Dengan kamera sehingga 64MP, sudah tentu butiran dan subjek akan dilihat dengan lebih jelas melalui jumlah perincian yang tinggi.

Video AI Highlight Untuk Kualiti Rakaman Lebih Baik


Menggunakan ciri AI Highlight Video, Reno5 5G boleh menukar mod rakaman antara mod Ultra-Night ataupun Live HDR pada kedua-kedua bahagian kamera hadapan dan belakang.



Apabila Reno5 5G mengesan kecerahan di bawah 90%, mod Ultra-Night akan mengambil alih yang membuatkan rakaman lebih jelas pada waktu gelap dan malam. Namun jika kecerahan melebihi 90%, Reno5 akan bertukar kepada Live HDR untuk prestasi HDR yang lebih tinggi pada waktu siang.



Untuk mod Ultra-Night, ia akan memastikan hingar dikurangkan pada masa yang sama mengekalkan perincian rakaman. Manakala Live HDR pula akan memastikan warna lebih sedap dipandang dan terang dan memastikan pencahayaan yang mencukupi.

Dual View Video


OPPO Reno5 5G juga boleh merakam kedua-dua kamera hadapan dan belakang secara serentak menggunakan fungsi Dual-View Video. Dengan fungsi ini, anda sudah tentu lebih mudah untuk berkongsi momen-momen menarik dengan keluarga dan rakan-rakan.


Portrait Beautification Video


Mahu video potret dengan kualiti terbaik? Cuba fungsi Portrait Beautification Video pada aplikasi kamera Reno5 5G . Warna kulit dan juga warna makeup akan cantik kekal dipelihara melalui pengecaman Smart AI.


Ultra Steady Video 3.0


Kalau dulu-dulu, memang susah untuk tangkap gambar atau rekod video tanpa gegar dan bergoyang. OPPO Reno5 5G kini ada Ultra Steady Video 3.0, ciri khusus untuk rakaman stabil tanpa gegar.



Tak perlu risau lagi jika mahu rakam video walaupun tiada gimbal professional kerana Ultra Steady Video 3.0 boleh rakam video seprofessional itu. Kini, pengguna boleh nikmati video dengan lebih jelas tanpa perlu khuatir akan ada momen yang bergoyang.

Tiada Lagi Gambar Blur Dengan Ciri ICE


Pernah kan bila tangkap sahaja gambar, gambar tak jelas, bergegar dan blur. Dengan OPPO Reno5 5G , gambar boleh ditangkap lebih pantas menggunakan ciri Image-clear Engine (ICE).



Objek bergerak laju pun lebih mudah untuk ditangkap. Bukan itu sahaja, pengesanan subjek dan juga fokus lebih pantas menjadikan gambar tidak kabur untuk kualiti penggambaran yang lebih menarik.

Sampel Gambar OPPO Reno5 5G Wiser


Sehubungan dengan itu, mari kita layan sampel gambar dari kamera OPPO Reno5 5G ini.





Siri OPPO Reno5 5G dipasarkan pada harga bermula RM1,899 (Reno5) dan RM2,599 (Reno5 Pro).

Dari segi spesifikasi lain, siri OPPO Reno5 hadir dengan paparan 6.55 inci AMOLED 90Hz dan pengecasan 65W SuperVOOC 2.0.

Reno5 Pro 5G didatangkan dengan cip MediaTek Dimensity 1000+, RAM 12GB, storan dalaman 256GB, dan bateri berkapasiti 4,350mAh.

Reno5 5G pula dilengkapi cip Snapdragon 765G, RAM 8GB, storan dalaman 128GB dan dan bateri berkapasiti 4,300mAh.





































































Specifications OPPO Reno5 5G Reno5 Pro 5G
Display 6.4“ AMOLED 20:9

FHD+: 2400×1080; PPI: 410

Single Punch-hole Display

90 Hz refresh rate + up to 180 Hz touch sampling rate
6.5“ Super AMOLED 20:9

FHD+: 2400×1080; PPI: 402

Single Punch-hole Display

90Hz refresh rate + up to 180 Hz touch sampling rate

In-display Fingerprint
Color Galactic Silver / Starry Black
Biometrics Hidden Fingerprint Unlock

Facial Recognition
Platform Qualcomm Snapdragon 765G Mobile Platform

7nm process

Octa-core CPU up to 2.4 GHz
MediaTek Dimensity 1000+

7nm process

Octa-core CPU up to 2.6 GHz
Memory 8GB RAM + 128GB ROM 12GB RAM + 256GB ROM
Rear Quad

Camera
64MP Main Camera F1.7

8MP Ultra-wide Angle Camera F2.2

2MP Macro Camera F2.4

2MP Mono Camera F2.4
Front Camera 32MP Selfie Camera
Battery 4300mAh

65W SuperVOOC2.0
4350mAh

65W SuperVOOC 2.0
Connectivity Wi-Fi 5

Bluetooth 5.1

USB Type-C
Wi-Fi 6

Bluetooth 5.1

USB Type-C
Operating System ColorOS 11.1 based on Android 11
Sensor Geomagnetic sensor, optical proximity sensor, ambient light sensor, accelerometer, gravity sensor, gyroscope, pedometer
Location Technology Built-in GPS that supports GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo, QZSS 

AGPS, WLAN and cellular network positioning, electronic compass
GNSS: Built-in GPS that supports A-GPS, BeiDou, GLONASS, Galileo, QZSS 
Video Rear Camera:

4K@30fps;1080P@60fps/30fps;720P@60fps/30fps

 

Front Camera:

1080P/720P@30fps,
Rear

Rear Camera: 4K@30fps;1080P@60fps/30fps;720P@60fps/30fps

 

Front

1080P/720P@30fps,default with 1080P@30fps

Untuk yang berminat, anda boleh memiliki siri Reno5 5G hari ini juga melalui laman rasmi OPPO Malaysia, Shopee, Lazada, dan pengedar OPPO rasmi yang sah di seluruh Malaysia.

*Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia