5 sebab kenapa KENA guna TELEGRAM

https://youtu.be/dbxJlV9GgEk

Semasa kami melaporkan mengenai berita pengiklanan pada fungsi WhatsApp Status tempoh hari, kami dapati ramai daripada pembaca mencadangkan untuk beralih ke Telegram. Lantas, ia membuatkan kami berasa perlu untuk menghasilkan video ini untuk anda.

Betul ke Telegram ini jauh lebih bagus berbanding WhatsApp? Untuk menjawab persoalan itu, kami senaraikan lima sebab utama mengapa pengguna WhatsApp perlu beralih ke Telegram sebagai medium perhubungan selepas ini.