5 Sebab Kenapa Anda Perlu Beli OPPO Enco Free

Pengenalan telefon pintar tanpa bicu audio 3.5mm beberapa tahun lalu sudah memberi isyarat yang mana fon telinga tanpa wayar bakal membuat kemunculan lebih kerap lagi. Tiada lagi masalah wayar berselirat dengan sambungan pantas dapat dibuat.

Sepanjang 2019 dan awal 2020 ini, kita sedia melihat beberapa pengeluar memperkenalkan fon telinga tanpa wayar mereka. Salah satu daripadanya adalah OPPO melalui OPPO Enco Free.



Mula dijual di Malaysia pada 16 Januari lalu, ia dilengkapkan bersama sejumlah ciri-ciri terbaik untuk pengguna diluar sana. Tidak mahu sebut dahulu berkenaan harga jualan, mari kita lihat spesifikasi menarik yang ditawarkan pada OPPO Enco Free. Ini merupakan 5 sebab kenapa anda perlu beli fon telinga tanpa wayar dari OPPO.

1. Rekaan menarik dan cengkaman erat di telinga



Pertama sekali pastinya kita melihat luaran peranti. OPPO Enco Free didatangkan dengan rekaan premium bersama pilihan warna putih dan hitam. Kalau mahu tampak lebih elegan anda boleh warna putih seakan mutiara ini sementara jika tidak mahu kelihatan menonjol, hitam adalah jawapannya.



Bukan sekadar sebagai tempat simpanan, bekas OPPO Enco Free turut dibekalkan dengan bateri berkapasiti 410mAh. OPPO menjanjikan pengguna sehingga 25 jam tempoh masa main muzik (dengan kelantangan bunyi 50%) atau 15 jam bagi panggilan suara. Manakala tanpa bekas, anda boleh mendapatkan 5 jam penggunaan ketika mendengar muzik dan 3 jam bagi panggilan suara. Namun begitu, tempoh masa adalah bergantung kepada mod dan cara penggunaan masing-masing.



Bekas simpanan ini kecil hanya berat sekitar 48.2 gram dengan rekaannya yang melengkung pada setiap sisi. Ini membuatkan penyimpanan pada beg galas tidak memakan ruang. Letak didalam poket seluar pun sangat selesa. Penutup bekas ini mempunyai ciri magnetik dan apabila ditutup, ia tidak meninggalkan sebarang ruang terbuka. Tertutup rapi serta kemas.

Bahagian sisi hadapan diletakkan logo OPPO dengan kemasan perak yang menaikkan lagi “aroma” premium peranti ini. Diatasnya terdapat penunjuk tahap kuasa bateri. Sisi kanan pula diletakkan dengan butang untuk fungsi sambungan ke peranti lain.

Sekali imbas, reka bentuknya agak mirip seperti lain-lain jenama namun apabila dilekapkan pada telinga, cengkamannya lebih erat dan tidak mudah terjatuh. Turut disertakan sekali didalam kotak adalah getah tambahan dengan saiz M dan L untuk menyesuaikan dengan saiz telinga anda. Tidak kiralah anda bertelinga capang atau bercuping tebal, ia tetap tersemat selesa disitu. OPPO Enco Free mempunya batang yang memanjang kebawah dimana pada bahagian tersebut, dilengkapkan dengan beberapa fungsi sentuhan yang akan kita ceritakan dibawah.



OPPO Enco Free menggunakan sambungan Bluetooth dengan penyegerakkan tinggi audio. Menyajikan pengalaman audio berkualiti, padanan pada telefon pintar dapat dibuat secara pantas sewaktu bekas simpanan dibuka. Aktifkan Bluetooth di telefon pintar, buka penutup OPPO Enco Free, tekan butang disisi bekas dan ia sudah boleh digunakan. Setelah itu, setiap kali mahu menggunakan OPPO Enco Free, hanya perlu buka sahaja penutup bekas simpanan. Sambungan pantas dibuat.

2. Latensi rendah

Satu lagi faktor penarik yang ada pada OPPO Enco Free adalah ciri latensi rendah. OPPO menyatakan ia mampu mencapai latensi minimum sehingga 120ms.



Anda tidak perlu berbuat apa untuk mendapatkan ciri ini kerana ia tersedia dinikmati sekiranya telefon pintar yang digunakan serasi digunakan. Ciri ini mungkin tidak dirasai ketika menstrim muzik tetapi amat penting bagi pengguna yang gemar bermain aplikasi permainan.

3. Pembatalan hingar AI Uplink

Bunyi bising di sekitar pasti mengganggu pengalaman panggilan suara anda. Melalui ciri yang dipanggil sebagai AI Uplink, perbualan anda bersama teman akan lebih jelas.  Ciri pembatalan hingar yang menyasarkan perbualan suara ini mampu mengesan antara bunyi bising dan suara manusia.



Ciri tersebut turut diperkuatkan lagi dengan teknologi pancar dwi mikrofon. Kombinasinya bersama AI Uplink mampu mengubah persekitaran bising kepada lebih senyap ketika perbualan telefon berlangsung.

Dalam pada itu, OPPO Enco Free direka dengan sokongan pembesar suara ultra dinamik bagi penyampaian prestasi audio terbaik. Ini dapat membantu anda mendapatkan perincian yang lebih saat mendengar muzik.

4. Kawal senarai muzik anda dengan sentuhan jari

Memudahkan lagi penggunaan OPPO Enco Free adalah kawalan navigasi menerusi sentuhan jari. Fungsi kelantangan bunyi dikawal pada sisi kiri.



Hanya seret keatas dan kebawah pada bahagian batang tersebut. Pada fon telinga sebelah kanan pula, anda boleh mengawal lagu iaitu sama ada untuk ke lagu selepas atau sebelum. Bagi fungsi hentikan sementara lagu (pause) atau menjawab panggilan suara, sentuh dua kali pada mana-mana fon telinga tersebut.

5. Beli OPPO Enco Free

Ya jika dibandingkan dengan fon telinga tanpa wayar yang lain, OPPO Enco Free mempunyai kekuatan yang tersendiri. Walaupun OPPO bukanlah sebuah jenama yang terkenal dengan sistem audio, penawaran OPPO Enco Free ini membuktikan sebaliknya. Ia sesuai dengan kelompok pengguna yang kerap berada diluar dan mahukan peranti yang dapat menyampaikan audio pada telinga mereka.

Imbas kembali penawaran, ia tampil dengan rekaan premium sesuai dengan gaya hidup aktif pengguna moden masa kini. Transmisi Binaural Bluetooth memastikan sambungan kekal stabil dengan kualiti audio yang terjaga. Menambahbaik lagi adalah ciri AI Uplink bagi mengekalkan perbualan suara tanpa gangguan serta sokongan kawalan secara sentuhan yang mudah dilakukan.



Harga jualan OPPO Enco Free telah diletakkan pada nila RM499 dan mempunyai dua pilihan warna matte antara putih dan hitam.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan OPPO Enco Free, boleh dapatkanya secara dalam talian di Lazada, Shopee atau SenHeng. Anda juga boleh membeli dari rangkaian kedai konsep OPPO dan pengedar sah jenama seluruh Malaysia.