5 Sebab Akaun Facebook Anda Boleh Disekat

Kehebatan Facebook sebagai sebuah media sosial tersohor didunia sememangnya tidak mampu ditandingi walaupun banyak aplikasi yang seakan dengannya tumbuh bak cendawan lepas hujan.

Namun dalam keseronokan menggunakan platform atas talian tersebut, tahukah anda bahawa akaun peribadi mahupun Halaman yang anda kendalikan sangat mudah terancam dengan sekatan oleh pihak Facebook. Ini kerana polisi yang ditetapkan oleh pihak Facebook sangatlah ketat.

Sangat menyedihkan sekiranya perkara tersebut terjadi kepada akaun milik anda, apatah lagi sekiranya halaman atau akaun Facebook tersebut telah diikuti oleh jutaan pengguna. Apapun malapetaka tersebut boleh dielak sekiranya langkah berjaga - jaga telah diambil dan polisi komuniti Facebook anda ikuti. Berikut antara 5 sebab yang membolehkan akaun anda disekat.

  1. Secara berterus - terusan melakikan tindakan yang dilarang setelah menerima nita amaran daripada pihak Facebook. Tindakan ini termasuklah like secara sesuatu secara bertalu - talu dan Tag rakan - rakan pada sesuatu post secara melulu. Kerana ia boleh dianggap sebagai Spam oleh pihak Facebook.

  2. Menambah atau membenarkan rakan Facebook anda ditambah bagi tujuan pengiklanan, gangguan, Dating dan lain - lain perkara yang tidak sepatutnya.

  3. Menggunakan nama palsu.

  4. Mengambil identiti orang lain atau menyamar.

  5. Kongsikan sesuatu yang melanggar terma dalam Facebook seperti kata -kata makian ataupun benci, perkauman, lucah serta memuat naik video yang mempunyai hak cipta (filem, drama dan lain - lain), lagu yang mempunyai hakcipta dan sebagainya.


Walaubagaimanapun sekiranya anda merasakan tindakan Facebook menyekat akaun anda adalah satu kesilapan, anda boleh membuat rayuan ataupun permohonan agar dikembalikan akaun tersebut.

Rayuan tersebut boleh dilakukan pada pautan berikut https://www.facebook.com/help/contact

Sama ada berjaya atau tidak rayuan tersebut bergantung kepada jenis kesalahan yang anda lakukan, sekiranya ia tidak serius berkemungkinan akaun anda akan dikembalikan.

Beringat sebelum terlambat, berkongsilah menggunakan akal, jangan terlalu mengikut nafsu ataupun perasaan marah. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan