5 Punca Kenapa Telefon Pintar Cepat Panas

Telefon pintar adalah antara barang keperluan yang perlu dijaga sepanjang masa. Kecuaian dalam penggunaan boleh mengikabatkan peranti tersebut cepat rosak. Antara maslah utama yang biasa dihadapi oleh pengguna telefon pintar ialah ianya cepat panas. Masalah tersebut tidak boleh dipandang ringan, kerana ianya boleh membawa kepada kerosakan peranti ataupun dalam situasi yang paling buruk, ianya mungkin boleh meletup.

Berikut antara punca kenapa telefon pintar anda cepat panas.

1.Mengecas peranti secara berlebihan

Ini yang biasa kita buat, pastikan pengecas dimatikan selepas ianya penuh. Melainkan telefon pintar anda dilengkapi dengan fungsi "auto stop"



2.Bermain permainan video tanpa henti

Kepada penggemar permainan video, anda dinasihati agar sesi permainan tidak melebihi 45 minit. berhenti sekejap sekiraya peranti berasa panas.



3."Multitasking" aplikasi

Jangan buka banyak sangat aplikasi dalam satu masa. Pastikan anda "clear running apps" sekerap mungkin.



4.Peranti dijangkiti virus

Sekiranya terlalu cepat sangat panas, berkemungkinan peranti anda telah dijangkiti virus



5.Penggunaan peranti semasa mengecas

Ini yang paling pantang sekali, Bukan sahaja menyebabkan peranti cepat panas, ianya juga merupakan salah satu punca bateri cepat rosak.



 

Itu sahaja 5 tips daripada kami, semoga bermanfaat.