5 "Power Bank" Dengan Fungsi "Fast Charging" Terbaik Untuk Peranti Anda

Bateri tambahan ataupun dikenali sebagai "power bank" boleh dikatakan satu keperluan dizaman teknologi gadget yang sedang berkembang pesat ini. Antara jenama bateri tambahan yang terkenal dipasaran ialah seperti Pineng, Yaobao, Xiaomi dan sebagainya. Tips yang ingin kami kongsikan kali ini ialah berkenaan "power bank" dengan fungsi pengecas pantas ataupun dengan kata lain kemampuannya untuk membekal kan kuasa dengan ketumpatan arus 3.0A.

Berikut antara 5 "power bank" dengan kemampuan tersebut, boleh anda dapatkan dipasaran atas talian ataupun dikedai-kedai terpilih.

1.Poweradd Quacomm Quickcharge 3.0 Power BankĀ 

Dengan tabung kuasa sebesar 10,500 mAh dan berdimensi 6 x 3.8 x 0.7 inci, peranti ini sangat sessuai untuk kegunaan anda diluar rumah. Rekabentuk fizikalnya juga agak kukuh dan tidak mudah rosak.



2.Anker Powercore

Berkapasiti 20, 000 mAh. peranti ini didatangkan dengan fungsi pengecas pantas 3.0A. Oleh kerana kapasiti kuasanya agak besar maka saiz dan beratnya boleh dikatakan agak kurang selesa jika dibawa bersama. "Power bank" ini dari sudut rekaan luaranya kelihatan sangat ekslusif dan juga turut disertakan dengan 4 lampu LED sebagai penunjuk kuasanya.



3.RAV Power Qualcomm

Peranti ini dibekalkan dengan kapasiti kuasa 20,100 mAh. Ianya dilenhkapi dengan Port USB Type A dan C. sangat sesuai untuk anda yang memerlukan kuasa tambahan yang berpasiti besar dan kesemua port USB nya mempunyai fungsi "fast charging".



4.Aukey QuickCharge 3.0 Power Bank

Mungkin ramai yang diluar sana sudah biasa dengan jenama ini. Peranti ini didatangi dengan kapasiti kuasa sebesar 16,000 mAh. Dilengkapi dua port USB masing-masing berkuasa 3.0 A dan 2.4A.



5.Jackery Dual Port 3.0 Power Bank

Walaupun berkapasiti 20,100 mAh, saiznya tidaklah berat iaitu sekitar 0.4 KG sahaja. Rekebentuk fizikalnya juga sangat kemas dan kelihat kukuh.



Walaupun dengan bateri tambahan dengan fungsi "fast charging", anda tidak perlu risau kerana ianya juga dapat digunakan pada peranti pintar yang tidak menyokong fungsi tersebut. Berkenaan dengan harga pula anda boleh semak sendiri melalui portal perniagaan atas talian seperti Lazada atau ALiExpress, terdapat banyak lagi "power bank" dengan fungsi "fast charging" yang di tawarkan, apapun pastikan beli yang asli ya untuk mengelakkan kejadian yang tidak dingini seperti letupan ataupun litar pintas.

Itu sahaja tips dari kami kali ini, semoga bermanfaat.