Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 “Power Bank” Dengan Fungsi “Fast Charging” Terbaik Untuk Peranti Anda

5 “Power Bank” Dengan Fungsi “Fast Charging” Terbaik Untuk Peranti Anda

Diterbitkan Ogos 17, 2017 oleh Tips Gajet

Senarai terkini: Powerbank Bajet Terbaik, disusun oleh editor Wiser dengan harga semasa di Malaysia.

Bateri tambahan ataupun dikenali sebagai “power bank” boleh dikatakan satu keperluan dizaman teknologi gadget yang sedang berkembang pesat ini. Antara jenama bateri tambahan yang terkenal dipasaran ialah seperti Pineng, Yaobao, Xiaomi dan sebagainya. Tips yang ingin kami kongsikan kali ini ialah berkenaan “power bank” dengan fungsi pengecas pantas ataupun dengan kata lain kemampuannya untuk membekal kan kuasa dengan ketumpatan arus 3.0A.

Berikut antara 5 “power bank” dengan kemampuan tersebut, boleh anda dapatkan dipasaran atas talian ataupun dikedai-kedai terpilih.

1.Poweradd Quacomm Quickcharge 3.0 Power Bank 

Dengan tabung kuasa sebesar 10,500 mAh dan berdimensi 6 x 3.8 x 0.7 inci, peranti ini sangat sessuai untuk kegunaan anda diluar rumah. Rekabentuk fizikalnya juga agak kukuh dan tidak mudah rosak.

5 “Power Bank” Dengan Fungsi “Fast Charging” Terbaik Untuk Peranti Anda

2.Anker Powercore

Berkapasiti 20, 000 mAh. peranti ini didatangkan dengan fungsi pengecas pantas 3.0A. Oleh kerana kapasiti kuasanya agak besar maka saiz dan beratnya boleh dikatakan agak kurang selesa jika dibawa bersama. “Power bank” ini dari sudut rekaan luaranya kelihatan sangat ekslusif dan juga turut disertakan dengan 4 lampu LED sebagai penunjuk kuasanya.

5 “Power Bank” Dengan Fungsi “Fast Charging” Terbaik Untuk Peranti Anda

3.RAV Power Qualcomm

Peranti ini dibekalkan dengan kapasiti kuasa 20,100 mAh. Ianya dilenhkapi dengan Port USB Type A dan C. sangat sesuai untuk anda yang memerlukan kuasa tambahan yang berpasiti besar dan kesemua port USB nya mempunyai fungsi “fast charging”.

5 “Power Bank” Dengan Fungsi “Fast Charging” Terbaik Untuk Peranti Anda

4.Aukey QuickCharge 3.0 Power Bank

Mungkin ramai yang diluar sana sudah biasa dengan jenama ini. Peranti ini didatangi dengan kapasiti kuasa sebesar 16,000 mAh. Dilengkapi dua port USB masing-masing berkuasa 3.0 A dan 2.4A.

5 “Power Bank” Dengan Fungsi “Fast Charging” Terbaik Untuk Peranti Anda

5.Jackery Dual Port 3.0 Power Bank

Walaupun berkapasiti 20,100 mAh, saiznya tidaklah berat iaitu sekitar 0.4 KG sahaja. Rekebentuk fizikalnya juga sangat kemas dan kelihat kukuh.

5 “Power Bank” Dengan Fungsi “Fast Charging” Terbaik Untuk Peranti Anda

Walaupun dengan bateri tambahan dengan fungsi “fast charging”, anda tidak perlu risau kerana ianya juga dapat digunakan pada peranti pintar yang tidak menyokong fungsi tersebut. Berkenaan dengan harga pula anda boleh semak sendiri melalui portal perniagaan atas talian seperti Lazada atau ALiExpress, terdapat banyak lagi “power bank” dengan fungsi “fast charging” yang di tawarkan, apapun pastikan beli yang asli ya untuk mengelakkan kejadian yang tidak dingini seperti letupan ataupun litar pintas.

Itu sahaja tips dari kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
  • (Ulasan) CMF Speaker M — Rupa Macam Kotak Susu, Bunyi Tak Mengecewakan
  • Pelajar UPM Kaji Potensi Sisa Kopi Untuk Teknologi Rawatan Kanser
©2026 WISER.MY