5 Pilihan Drone Dengan Harga Mampu Milik

Drone merupakan salah satu gajet  untuk merakamkan imej atau video terkini. Tahukah anda harga sebuah drone  tidaklah semahal yang anda sangka? Disini, kami telah menyenaraikan 5 pilihan drone yang mampu anda miliki.

1. JJRC H37 Elife Foldable Pocket RC Selfie Drone 720P HD Camera



Bagi anda yang gemar selfie drone ini sangat sesuai dengan anda. Dengan drone ini anda dapat  mengambil gambar selfie yang hebat dengan mudah serta jarak kawalan 100m menawarkan pemandangan  yang hebat.

Selepas terbang terlalu lama, anda boleh berehat sebentar  dengan menggunakan fungsi one key return untuk menjadikannya kembali kepada anda. Drone ini juga mampu berpusing 360 darjah dengan pelbagai arah. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi iaitu RM160.00

2. X5SW-1 Wifi FPV RTF 2.4G 4CH RC  with HD Camera (Black)



Drone ini menggunakan sistem FPV WIFI membolehkan transmisi imej masa nyata dengan sambungan WIFI antara quadcopter dan telefon anda. Drone ini didatangkan dengan kamera HD dengan megapiksel tinggi memberi anda gambaran yang jelas.

Anda boleh memegang telefon anda pada pemancar dengan mudah. Fungsi penerbangan dan peralihan 360 darjah menjadikan anda lebih menikmati keseronokan rolling serta perlindungan bateri dan fungsi memori yang lebih besar, selamat dan mudah dimainkan. Drone ini hanya berharga RM178.00 sahaja.

3. SKYTECH TK110HW WIFI APP Control RC Mini Foldable Quadcopter Drone FPV 720P HD Camera GYRO



SKYTECH TK110HW ini boleh dikawal hanya menggunakan telefon pintar versi Android ataupun iOS. Drone ini mempunyai 4 saluran fungsi kalibrasi gyroskop 6 paksi. Anda juga boleh memegang drone ini dengan tapak tangan anda sewaktu hendak berlepas dan mendarat.

Ia menggunakan  mod G-sensor, drone secara automatik mengikuti pergerakan telefon bimbit anda, yang memudahkan kawalan ke tahap yang lebih tinggi. Dengan fungsi penetapan laluan penerbangan, drone mampu bergerak dari titik ke titik dengan kawalan telefon bimbit jarak 30m. Drone ini berharga RM179.00

4. Syma X8G 2.4G 4CH With 8.0MP



Drone ini tidak perlu menyesuaikan kedudukan sebelum membuat penerbangan dan mudah melakukan pelbagai pergerakan penerbangan, sokongan kuat serta lebih mudah untuk dikawal.

Syma x8G ini juga boleh terbang untuk aktiviti luaran atau dalaman dilengkapi dengan kamera  8.0 megapiksel dengan kualiti HD serta alat kawalan jauh. Harga  yang ditawarkan RM439.00

5. GTE Parrot Mambo Quadcopter Dengan Kamera- Model PF727051



Bagi yang tengah mencari drone yang lasak, GTE Parrot Mambo ini sangat sesuai dengan anda. Sama ada anda melengkapkan ia dengan Cannon atau Grabber, ia akan bertukar langit ke taman permainan yang menakjubkan.

Amat teguh dan mudah untuk dikendalikan. Drone yang  berharga RM499.90 ini mampu terbang selama 9 minit tanpa sebarang aksesori ini menjanjikan kelainan yang tersendiri.

Sumber