5 Permainan Video Terbaik Yang Boleh Dimainkan Untuk Peranti Bermemori 1GB RAM Kebawah

Memori atau RAM menjadi salah satu perkara yang diambil berat oleh kebanyakan daripada pengguna telefon pintar dalam membeli peranti. Salah satu alasannya ialah ia menggambarkan kebolehan sesebuah peranti itu untuk menjalankan permainan video mudah alih dengan lancar.

Namun, ini tidak bermakna peranti bermemori kecil tidak boleh digunakan untuk bermain sama sekali. Oleh itu, dalam kiriman ini kami akan senarai lime permainan video terbaik yang boleh dimainkan pada peranti bermemori kecil (1GB kebawah).

1. Asphalt 8 : Airborne



Permainan video perlumbaan kereta ini menjadi salah satu pilihan penggemar permainan perlumbaan. Dengan lebih 90 buah kenderaan yang boleh dimainkan, ia menjadikan permainan ini tidak membosankan.

Kualiti grafik pula boleh diubahsuai mengikut kesesuaian peranti.

Pautan muat-turun : Android   iOS

2. Plants vs Zombies



Menjadi salah satu permainan video yang paling digemari oleh saya di PC suatu ketika dulu. Mempertahankan rumah daripada dimasuki zombi, pelbagai jenis tumbuhan dengan keistimewaan tersendiri perlu digunakan sebaiknya.

Menjadi aplikasi berbayar pada awal kemunculannya di Play Store & App Store, ia kini boleh dimuat-turun secara percuma.

Pautan muat-turun : Android   iOS

3. Assasin's Creed Pirates



Mahukan pengalaman menjadi kelasi dan raja di lautan? Permainan ini akan memerlukan anda untuk menumpaskan musuh-musuh yang ada di perairan dengan menembak kapal musuh menggunakan meriam dan mengelak serangan mereka.

Jalan ceritanya amat menarik untuk diikuti. Senang kata, memang berbaloi untuk dimainkan.

Pautan muat-turun : Android   iOS

4. Soulcraft



Permainan video yang amat sesuai bagi penggemar RPG. Di samping kebolehan untuk menaiktaraf senjata dan sebagainya, kualiti grafik yang ditawarkan juga amat memberangsangkan.

Penggemar permainan Mobile Legends atau Dota, saya cadangkan anda cuba permainan ini.

Pautan muat-turun : Android   iOS

5. Six-Guns



Permainan cowboy ini menerima banyak komen positif baik di Google Play Store mahupun di Apple App Store. Bukan sahaja perlu menentang cowboy yang lain, namun anda juga perlu menewaskan musuh supernaturals dalam permainan ini.

Selain itu, ia juga mempunyai peta atau kawasan permainan yang agak luas bagi diterokai.

Pautan muat-turun : Android   iOS

Namun, harus diingatkan juga bahawa kualiti permainan turut bergantung pada perkara-perkara lain seperti cip pemprosesan peranti. Selamat mencuba semua !