5 Perkara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Mengenai Samsung

Samsung terkenal sebagai salah satu jenama teknologi yang terbesar di dunia. Memiliki sejarah yang sangat unik dan ramai sebenarnya yang tidak tahu bahawa Samsung bukanlah bermula sebagai pengeluar barangan elektronik.

Syarikat yang diasaskan oleh Lee Byung-chul awalnya berpusat di Wilayah Daegu, Korea.

1. Bermula sebagai penjual barangan runcit



1938 - Memulakan perniagaan dengan menjual ikan kering, dan barangan runcit yang lain. Samsung juga telah menghasilkan mee.

1954 - Selepas perniagaan makanan berjaya, mereka pindah ke Seoul dan mula melebarkan sayap dengan membuka kilang kapas terbesar di Korea pada ketika itu.

1970 - Setelah perniagaan semakin berkembang, barulah Samsung memutuskan untuk terjun ke bidang teknologi. Produk pertama yang dihasilkan oleh mereka adalah televisyen hitam putih. Hampir kesemua peralatan Samsung dihasilkan dengan kebolehan dan teknologi yang mereka ada.

Sehingga kini, pelbagai barangan elektronik jenama Samsung sudah diperkenalkan kepada dunia.

Dari mana datangnya nama Samsung?



Asal usul nama Samsung tidak ada kena mengena dengan pengasasnya. Lee Byung-chul menamakan syarikatnya Samsung yang telah membawa makna 3 bintang, sesuai dengan visi syarikat, iaitu kekal abadi selamanya, sama seperti bintang-bintang.

2. Dikendalikan oleh 

 



Samsung merupakan sebuah perniagaan besar yang dikendalikan oleh keluarga secara turun-temurun. Setelah Lee Byung-cul meninggal, legasi ini diteruskan oleh anaknya, Lee Kun-hee yang merupakan anak ketiga beliau. Anaknya tersenarai sebagai salah seorang usahawan yang terkaya di dunia.

Apa kelebihan menjadi kakitangan Samsung?



Sebagai sebuah gergasi teknologi terkemuka dunia, pastinya ia memerlukan tenaga kerja yang ramai dan pada tahun 2013, Samsung dipercayai mempunyai lebih dari  370 ribu kakitangan seluruh dunia termasuklah di Korea Selatan. Manfaat menjadi kakitangan Samsung adalah dengan mendapat akses ke pusat kecergasan di setiap tapak perniagaan, bantuan rumah, serta bantuan perbelanjaan anak-anak.

Di mana ibu pejabat Samsung?



Beroperasi di kompleks yang dibina khas diberi nama Samsung Digital City. Berkeluasan 389 ekar tanah, mempunyai 4 bangunan pejabat berketinggian 38 tingkat serta 131 bangunan kecil yang memuatkan makmal penyelidikan, kemudahan rekreasi, dan rumah tumpangan.

Sememangnya Samsung mempunyai pelbagai fakta dan sejarah menarik di sebalik jenama itu sendiri yang mungkin tidak diketahui sebahagian pengguna mereka. Anda mengetahui fakta menarik lain atau apa yang anda ingin tahu? Boleh tulis diruangan komen.

 

Berkaitan